Bila Aliah beritahu kat ai yang dia dah muak makan ayam, terus ai bawa keluar daging dalam freezer. Ai pun sama dengan dia dah mula muak makan ayam. Memandangkan kat dapur ada sos black pepper, terus buat dalam masakan daging. enZaf beli sos black pepper tu masa dia masak steak. Dia bab-bab makanan western memang ai serah kat dia je. Bukan tak boleh buat tapi ai memilih untuk tidak masak haha Biar la dia yang masak pula kan. Okay kali ni ai nak share resepi daging black pepper.
Masa hidang tu ai taburkan sedikit serbuk lada hitam atas daging. Bagi lagi uummpphhh haha tapi kalau uols rasa macam banyak sangat lada hitam tu, tak perlu la tambah lagi.. nanti panas pula badan tu tak pasal-pasal kena cirit birit :p Bila makan lauk black pepper ni terus teringat masa berpantang. Hari-hari makan masa pantangkan. Aliah suka lauk black pepper ni. Selalunya kalau ada daging ni ai masak kicap je. Kali ni buat lain sikit sebab dia dah mula makan pedas. Suka dia bertambah-tambah nasi :)
Bahan-bahan
1/2 kg daging yang dihiris nipis
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inchi halia *
2 sb biji lada hitam *
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
3 sb kicap manis
1 biji kentang (dipotong kecil)
1 batang cili merah (dihiris)
5 tangkai cili padi (dibelah dua)
1 bawang besar (dihiris bulat)
Gula, garam dan perasa
Bahan perapan daging
Sos black pepper
Cara Menyediakan
- Lumurkan daging dengan sos black pepper. Perap seketika, sambil tu boleh sediakan bahan-bahan lain. Blendkan bahan-bahan yang bertanda *. Masa ai masak ni takde biji lada hitam. Hanya blend bawang merah, bawang putih dan halia sahaja. Kalau tiada lada hitam pun takpe sebab kita dah lumur daging dengan sos black pepper.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang terlebih dahulu. Ai memang suka goreng kentang bagi rasa garing-garing bila makan. Goreng dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang sudah diblend tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging yang sudah diperap dengan sos black pepper.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul dengan daging sehingga sebati. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga daging empuk.
- Bila rasa daging dah empuk masukkan pula kentang yang dah digoreng tadi bersama dengan cili merah dan cili padi. Akhir sekali masukkan gula, garam dan perasa secukup rasa.
Masa hidang tu ai taburkan sedikit serbuk lada hitam atas daging. Bagi lagi uummpphhh haha tapi kalau uols rasa macam banyak sangat lada hitam tu, tak perlu la tambah lagi.. nanti panas pula badan tu tak pasal-pasal kena cirit birit :p Bila makan lauk black pepper ni terus teringat masa berpantang. Hari-hari makan masa pantangkan. Aliah suka lauk black pepper ni. Selalunya kalau ada daging ni ai masak kicap je. Kali ni buat lain sikit sebab dia dah mula makan pedas. Suka dia bertambah-tambah nasi :)
No comments:
Post a Comment