Monday, August 24, 2020

Recipe: Ayam Masak Lemon Madu


Rasanya lepas ni ai dah boleh buka kedai chinese muslim kot hahaha Seronok pula buat menu masakan dorang ni. Kalini ai mencuba ayam masak lemon madu. Tak sangka first time buat enZaf kata sedap. Itu yang paling pentingkan. Aliah pun suka, hanya dia je yang layan makanan-makanan yang ai masak try and error :p Zahra dan Ariq tu dorang berdua jenis makan lauk sama je berulang kali :)



Bahan-bahan

10 ketul isi ayam
3 sb tepung jagung*
1 biji telur*
1 sb kicap cair*
lada sulah*
garam*

Bahan-bahan untuk sos lemon madu
2 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil)
1 kiub ayam
1 cawan air
3 sb perahan air lemon
3 sb madu
2 sk tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
5 tangkai cili padi
3 keping lemon


Cara Menyediakan

Perapkan ayam dahulu dengan semua bahan yang bertanda *. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.

Dalam pan lain panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan air bersama kiub ayam sehingga mendidih. Masukkan pula perahan air lemon dan madu. Masukkan juga kepingan lemon buat seketika dan angkat bila sudah lembut. Tak perlu lama. Masa ini boleh la rasa dahulu mengikut citarasa. Masukkan cili padi dan bancuhan tepung jagung. Kepekatan kuah bergantung juga kepada kesukaan masing-masing. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sebati. Siap dan boleh dihidang :)




Kebanyakkan orang masak Honey lemon Chicken ni kering, tapi ai suka berkuah. Tapi jangan masak lama sangat sebab ada lemon kan kalau lama nanti jadi pahit sikit. Lagi satu ai letak cili padi bagi rasa manis, masam dan pedas semua dalam satu lauk :) Oh masa kali ke-2 ai buat lauk ni, ayam tu ai pakai tepung ayam goreng brand Bestari je. Lagi mudah, cepat dan penting sedap hehe.

2 comments:

A m m i said...

nanti ammi nak cuba resepi ni..bahan semua mcm ada

Nurhayati said...

ammi: sila sila :)