Saturday, June 18, 2022

Kali ke Dua di Swiss Garden Residence


Kami tidur di Swiss-Garden Resort Residence Kuantan. Ini merupakan kali ke dua kami tidur di tempat ini, kali pertama pada tahun 2016 [link] Lama dah tu kan. Ini pun masa enZaf nak booking hanya tinggal satu sahaja yang available, tanpa membuang masa dia ambil sahaja.



Boleh tahan kemas dan bersih rumah ini. Selesalah untuk kami sekeluarga tidur selama 2 malam :)



Ada dua bilik dan dua bilik air. Anak-anak pun jenis tak cerewet walaupun rumah tetap rasa hotel bagi dorang haha..



Berehat sekejap dan lepas solat Asar baru kami keluar bawa anak-anak mandi kolam. Bila ai tanya anak-anak ingat tak tempat ini, hanya akak Zahra dan Aliah sahaja ingat. Ariq tak ingat sebab masa itu dia 4 tahun, Qaireen pula belum ada lagi hehehe..





Seronok tengok dorang mandi kolam. Dah puas ke kolam kami ke pantai pula. Bila cakap nak pergi sana lajulah dorang bergerak. Kami ini memang lebih sukakan laut dari kolam. Kolam kat rumah pun ada :) Di pantai ada diletakkan buaian. Ajak bergambar di sana dulu sebelum mandi laut. Bagi chance la nak gambar berdua dengan enZaf :)



Bergambar lagi sebelum ai masuk dalam air. Lepas tu semua barang dan telefon simpan sebab dah berendam dalam air laut :)





Masa berendam tu elok pula datang motor aiskrim di tengah-tengah pasir pantai hahaha.. terus enZaf ajak anak-anak beli dan makan aiskrim pula.





Qaireen tu sebenarnya dah kesejukan dan mengantuk. Dia makan aiskrim pun lambat je nak habis. Mummy pula sibuk ajak bergambar. Qaireen langsung tak pedulikan Mummy tengok kamera :p



Dah habis makan aiskrim, sambung lagi mandi laut. Macam dugong terdampar dah rupaku di situ :p





Sebelum balik, kami singgah di kedai makan berhampiran dengan pantai. Isi perut sedikit sebelum makan malam. Semua nak makan Nasi Goreng, ai cakap ini bukan makan sikit dah makan berat terus haha.. lepas mandi masing-masing lapar gitu.



Sementara menunggu makanan sampai, ada orang datang jual Jagung rebus. Makan masa tengah panas, sedap betul jagungnya dan rasanya pun manis. Sampai enZaf beli lagilah untuk makan kat bilik pula hehe..

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
lama tka jenguk blog kengkawan

kami kalau ke kuantan
tak pnh pegi area sini

biasanya lepak teluk sisik
sbb range situ dh boleh pegi berjalan merata
tc, teruntum.

tpi serious
tak pnh tak puas jalan2 ke pahang (kuantan, pekan)

Nurhayati said...

wslm ayu.. yati pun lama tak jenguk blog kawan2.. ini pun setiap kali masuk blog pukul 2 pagi selalunya, time itu je pun free. update laju2 dan terus tido :) kami jarang dah ke tc, agak sesak juga kawasan tu sekarangkan.