Tuesday, June 14, 2022

Pemergian Yang Mengejutkan


ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Lama tak update blog. Hari ini baru berkesempatan dan berusaha gigih untuk membuka blog yang dah bersawang ini :) Kepada sahabat handai di dalam Facebook telah mengetahui perkhabaran ini pada bulan lepas lagi, hari ini barulah ai nak masukkan dalam blog. Disimpan sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan sampai mati. Untuk pengetahuan semua, pada 16/05/2022 kami sekeluarga telah kehilangan adik tersayang buat selama-lamanya. Allahuakbar rasa tak mampu pula nak menaip. Bergenang dah air mata ini. Ingatkan dah kuat nak menaip. Rupanya belum bersedia lagi. InsyaAllah bila dah ada kekuatan, ai akan sambung semula detik-detik dan saat kehilangan itu berlaku. Buat masa ini ai minta pada kawan-kawan blog, mohon sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurhazirah binti Mohd Yusof.





*kredit gambar dari Google

3 comments:

mummy_ayu said...

Takziah... al fatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalangan org yg beriman...aamiin

Nurhayati said...

aamiin.. terima kasih Ayu. Al-Fatihah juga buat arwah suami ya. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T

ezy.fia said...

alfatihah..
salam takziah