Wednesday, June 1, 2022

Aliah Cucuk Vaksin


Tahun ini giliran Aliah ambil suntikan vaksin Covid-19. Agak lama juga ai dan enZaf membuat keputusan untuk membenarkan Aliah cucuk vaksin ini. Walaupun ianya diyakini oleh pihak KKM tetapi kami lebih memilih langkah berhati-hati. Dan sekarang kami hanya membenarkan Aliah dahulu mendapatkan suntikan ini. Itu pun tinggal hari terakhir sebelum PPV ditutup dan suntikan secara percuma diberikan baru kami bawa Aliah :) Mujur masih ada slot lagi pada hari terakhir itu. Maklumat anak-anak ini memang sudah dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera ai. Segala butiran semuanya disimpan di dalam handphone. Jadi ai lah yang kena bawa anak-anak ini untuk cucuk, sama seperti dengan akak Zahra sebelumnya. Cuma beza sekarang ini, kita sendiri boleh pilih tempat di mana dan masa untuk mendapatkan suntikan, jadi mudahlah kita pilih tempat yang berdekatan dengan rumah sahaja.



Kami pilih Hospital Thompson. Tempat ai ambil suntikan booster, dah tahu kat mana jadi senang lah menuju terus ke bahagian pengambilan vaksin tersebut. Sempat lah ai ambil gambar Aliah dalam lif. Tanya dia berdebar ke tak, dia kata okay saja. Memang nampak dia cool saja, mungkin dah ready agaknya.



Sampai-sampai je kat bahagian tu, sunyi sepi je keadaan sekeliling. Tak ramai sangat orang, adalah dalam 2-3 orang yang sama-sama hantar anak untuk vaksin. Bila dah buat appointment melalui MySejahtera lagi cepat dan mudah prosesnya. Aliah terus ke kaunter untuk isi borang dan tandatangan. Semuanya dia buat sendiri. Gambar di bawah itu lah bilik untuk disuntik. Ditempatkan dua orang sekali sama macam ai juga.



Aliah siap boleh tengok lagi jarum masa nurse tu tengah prepare. Dia memang tak takut langsung ni. Dalam bilik itu juga ada seorang anak kecil yang hendak divaksin, rasanya dalam umur 5 tahun. Dari mula Aliah masuk sampai selesai masih lagi tak suntik, ai tengok maknya tak henti-henti pujuk anak dia. Bukan semua budak berani kan. Nampak pula ada jarum lagi lah. Yang dewasa pun ada juga takut jarum. Nasib baik emosi Aliah tak terganggu dengan keadaan budak tu menangis tak nak disuntik.





Tenang saja ai tengok Aliah sepanjang proses vaksin ini. Orang tak ramai, jadi kita pun tak ada kelam kabut sangat. Yang penting cepat, tak silap ai ambil masa dalam 20-25 minit selesai semuanya. Tanya dia sakit ke tak, dia jawab tak sakit. Macam kena gigit semut.



Sementara menunggu waktu pemerhatian, ambillah wefie dengan Aliah sebagai kenangan.



Sebelum keluar dari hospital sempatlah ambil gambar di photo booth. Untuk kanak-kanak cantik dan comel ada corak kartun. Baru nampak ceria sesuai dengan umur kanak-kanak itu.





Alhamdulillah buat masa ini Aliah nampak baik sahaja. Kita dah berusaha dan berdoa maka selebihnya kita berserah kepada Allah S.W.T. Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya dan terhindar dari penyakit Covid dan apa-apa saja penyakit yang berjangkit dan merbahaya. InsyaAllah, aamiin.

No comments: