Wednesday, June 22, 2022

Ana Ikan Bakar Petai Kuantan


Sambungan dari entry kami bercuti di Swiss-Garden Kuantan [link]. Untuk makan malam pula kami mencari ikan bakar. Pada mulanya enZaf ajak makan di Restoran Super Top. Pergh lama betul tak makan kat situ, ai tak ingat tahun berapa tapi bila search semula dalam blog adalah satu entry makan di Restoran Super Top. Itu pun lama sudah tahun 2014 [link]. Ada bagus juga bila masukkan dalam blog ini kan. Boleh mengingatkan kembali tempat dan apa yang kita buat :) Sambil itu enZaf pun googled makanan seafood lain selain Super Top dan kami jumpalah Anak Ikan Bakar Petai.



Terus enZaf ajak makan di situ sebabnya ada baca orang komen ikan bakarnya sedap. Tak banyak gambar ai ambil sangat sebab dah penat hihi.. Lauk pun tak order banyak, ada tiga jenis sahaja. Mujur jugalah sikit, kalau tak ai lah yang kena habiskan. Kenyang makan nasi goreng petang itu pun tak hadam lagi :p







Memang betul sedap, kena pula ada petai memang terangkat. Ai sorang je yang makan petai tu hehe.. sorry la ya lepas ni bilik air bau "harum" semerbak :p Rupa-rupanya baru tahu restoran Ana Ikan Bakar Petai ini ada di Bangi. Itu pun sebab ai Google dulu sebelum buat entry ini. Nanti boleh lah ajak enZaf cuba makan di cawangan Bangi pula. Tapi itulah jauh sangat lah pula nak ke sanakan hihi.. Lagi satu masa ai googled tu pun, ada satu lagi cawangan di Kuantan ini. Jadinya yang kami makan ini tak tahu cawangan yang ke berapa haha..

Sebelum balik tu singgah 7E, beli sedikit makanan dan minuman untuk stok di bilik. Anak-anak ini memang suka mengunyah terutamanya si kecik tu. Kecik tapi kuat makan :) Nak sampai Swiss-Garden ai pun nak lah ambil kat nama tempat tu, apa ek panggil signage la kan. Hentam sajalah. Masa berhentikan kereta, tiba-tiba akak Zahra keluar. Ai pun terus lah ambil gambar dia tapi dianya tak nampak. Gelap sangat hahaha.. Jadilah kak oi :p



Alhamdulillah sepanjang kami di Kuantan baik-baik sahaja. Perut pun dah kenyang jadi bolehlah berehat dan tidur dengan tenang untuk meneruskan aktiviti hari ke dua pula :)

No comments: