Wednesday, June 15, 2022

Demam Terkejut


ِTahun 2022 banyak kejutan yang telah berlaku ke atas kami sekeluarga. Dari kita menyambut hari Raya Aidilfitri secara mengejut, pemergian adik tersayang secara tiba-tiba dan demam pun datang terkejut jua :( Empat hari selepas pemergian adikku Nurhazirah, Aliah datang mengadu pada ai yang dia tak sedap badan. Rupa-rupanya dia demam. Terasa panas sangat badannya, masa itu kami masih bermalam di rumah Mak. Laju ai ambil thermometer scanner, terus scan kat dahi.



Laju-laju juga ai ambil kain, rendam bagi lembab dan terus lap pada kepala dan keseluruhan badannya. Tanpa henti ai buat, bila kain kering basahkan semula sampai lah panas tu surut. Ai pun Whatsapp pada enZaf beritahu Aliah demam. Tak ingat ai kenapa enZaf kat luar, rasanya dia uruskan makanan untuk tahlil arwah. Hampir 3 hari juga Aliah baru kebah. Masa bawa dia ke klinik, doktor pesan jika 3 hari tak baik demam datang semula untuk ambil darah. Buat Covid test dan keputusannya negatif.

Baru je Aliah nak baik dari demam, Ariq pula demam, berjangkit pula ke Qaireen. Kemudian ai dan terakhir sekali enZaf. Habis satu keluarga demam. Bukan setakat demam sahaja, selesema dan batuk pun ada. Pakej 3 sekali. Oh! akak Zahra tak demam sebab pada waktu tak sihat ini dia di asrama. Ya Allah masa tak sihat tu ai rasa tak larat sangat, badan lemah dan terasa bisa-bisa tulang. Semua orang dalam rumah tumbang. Masa ini kami dah balik ke Kota Damansara. Tak berani nak tidur di Sg. Buloh, takut berjangkit pula pada yang lain. Walaupun tak sihat tapi ai gigih juga la bangun untuk menjaga yang lain terutamanya anak-anak lah kan. Dengan tak boleh tidur sebab risaukan dorang, temperature pun antara 47-49°C. Sentiasa lap badan mereka bergilir-gilir.



Tengah tak sihat tu, tiba-tiba bff Anis Whatsapp beritahu nak datang rumah. Rupanya dia nak hantar sup untuk kami sekeluarga. Bila tak sihat kami sekeluarga pun tak lalu nak makan, jadinya Anis siap masakkan sup untuk kami. Sup tu ada diletakkan kimchi katanya bagus sebab ianya boleh stimulate imuniti badan. First time ai makan, sedap supnya ada rasa masam-masam dari kimchi tu buat selera kat tekak. Dalam 2 minggu juga kami sekeluarga sembuh dari demam dan selesema, hanya tinggal batuk sahaja. Batuk memang lambat nak baikkan. Apa pun Alhamdulillah. Sudah sihat barulah ai hantar semula periuk Anis ni hehehe... Sebelum tu singgah beli kek sebagai tanda terima kasih. Nak masak tak rajin lagi. Lama dapur tak berasap sejak pemergian arwah.



Minta akak Zahra tolong ambilkan gambar ai dan Anis. Berdiri belakang kereta yang tengah menyala lampu break. Ha penuh warna merah satu gambar tu.. terus minta akak Zahra ambil gambar lagi sekali kat tempat lain hahaha...



Terima kasih sahabatku Anis siap hantarkan sup buat kami. Terharu sangat. Begitu juga dengan Bff yang lain Nani, Nowwa dan Elin yang tak putus-putus Whatsapp bertanyakan khabar. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian dengan memberi ganjaran pahala yang banyak. Pssstttt.. masa tak sihat berat badan turun 2kg dan sekarang dah naik 2kg semula :p

No comments: