Friday, June 17, 2022

Makan Ikan Patin di Temerloh


enZaf ajak pergi bercuti bila kami sekeluarga sudah sihat dari demam. Katanya ambil angin dan segarkan diri. Kalau ikutkan ai malas nak bercuti sebab masih bersedih lagi dengan kehilangan arwah Achik. Tapi enZaf paksa juga jadinya pergilah kami ke bercuti ke Kuantan. Sebelum sampai ke Kuantan, singgah di Temerloh untuk makan tengahari. enZaf bawa kami ke restoran yang belum pernah cuba lagi, katanya cuba je lah walau pun tak tahu sedap ke tak hihi.. Nama restorannya Go'Bang Maju Patin Tempoyak.



Konsep kat sini lebih kurang macam Ikea, ada troli. Dan kita ambil makanan yang dah siap terhidang. Tinggal pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Lauk sayur tak banyak, tak tahulah dah habis ke atau memang tak ada. Yang disediakan hanyalah ulam-ulaman.



Untuk air ianya terhad, tak silap ai ada lima jenis air sahaja yang disediakan. Tak berapa pasti pula betul ke tak huhu.. Ai ambil air Sirap Bandung Aiskrim, sedap :) Di kaunter bayarannya pula comel sangat, buat ala-ala tol. Kreatif sungguhla tuan kedai sini. Menarik sangat dengan signboard dan traffic lights tu.



Dah makan di restoran Ikan Patin Tempoyak, wajib lah ada lauk Tempoyak itu kan. Satu lagi enZaf ambil bakar.



Mango Cheesecake ini sedap. Kena makan sejuk-sejuk baru sedap. Laju je ai habiskan haha..





Besar juga restoran ini. Kedudukannya berdekatan dengan jalan besar, boleh nampak dari jalan. Kapasiti restoran ini sesuai sangat bila waktu cuti sekolah, macam dah sedia menerima pelanggan ramai gitu. Kedainya pun bersih dan selesa. Kesedapan makanan pula bagi ai biasa-biasa sahaja, kalau makan ikan tempoyak ni pastilah ai menantikan kuah yang pekat dan berlemak, ianya tiada disitu. Rasa "kick" tu belum cukup untuk ai. Tapi tetap ada rasa dan boleh dimakan, tak adalah tak sedap langsung. Lain orang lain citarasa :)

No comments: