Kalau dah pergi ke Kuantan, pasti kami akan singgah ke Kemaman untuk makan Satar. Gerai kegemaran kami adalah Warung Otak-Otak Satar Che Wan. Masa kami pergi bercuti ke Pulau Redang tahun lepas, hajat nak makan Satar di Warung Che Wan ini tak kesampaian. Kedainya tutup dan kami makan di Warung Aziz Satar. Kebiasaannya dua warung inilah kami akan singgah untuk makan petang :) Bercuti kali ini rezeki kami dapat kembali ke Warung Che Wan.
Bila tujuan nak makan Satar sudah pastilah menu utamanya Satar jugakan. Pelbagai menu lain juga kami order antaranya Keropok Lekor, Mee Calong, Mee Kari dan Nasi Kukus Ayam Berempah.
Pencuci mulut tidak dilupakan, Air Batu Campur. Makan sejuk pada cuaca panas memang sedap tak terkata hihi..
Alhamdulillah kenyang sangat, selesai makan kami terus balik ke Kuantan semula. Anak-anak dah tak sabar nak ke pantai pula.

No comments:
Post a Comment