Saturday, June 4, 2022

Aircond & Noodles


Awal bulan 6, bilik Mak dapat aircond baru. Alhamdulillah ai ada rezeki lebih, belanja satu :) Aircond Mak yang sebelum ini tak ada lah rosak mana cuma ianya aircond lama yang banyak makan elektrik dan bahagian compressor pun mengeluarkan bunyi bising. Suhu pun kurang sejuk juga walaupun dah servis. Kebetulan pula cuaca panas, jadi kesian pula kat Mak dan Abah. Bila dah ada aircond baru ini dapatlah beri lebih keselesaan.



Agak huru hara juga masa nak beli aircond ni pun. Rata-rata kebanyakkan kedai elektrik dapat membuat penghantaran dan pemasangan lebih dari seminggu. Jadual installer sangat sibuk disebabkan ramai juga beli dan servis aircond pada waktu panas. Puas juga kami mencari kedai elektrik dari satu tempat ke satu tempat yang dapat membuat penghantaran dengan secepat mungkin. Tak silap lebih enam kedai kami tanya, akhirnya dapat juga satu kedai dekat dengan rumah Mak. Itu pun dapat hantar dalam masa 5 hari. Lepas selesai membuat pembelian, kami singgah makan petang bersebelahan kedai elektrik ini iaitu di Boat Noodle.



Ikutkan ini merupakan kali ke-dua makan di Boat Noodle. Jarang sangat makan sini, tak silap masa dulu datang macam banyak menu. Tak berapa ingat sangat banyak ke tak hehehe.. yang ada sekarang ni noodlenya ada dua jenis iaitu Pathumthani dan Ayutthaya. Beza pada supnya ada pedas dan lagi satu kurang pedas.



enZaf juga order Grilled Chicken Meatballs. Yang ini sebenarnya untuk Qaireen, tapi semua orang pun makan juga haha..



Anak-anak tak berapa suka sangat dengan noodles ni. Tak kena dengan selera mereka. Bagi ai biasa-biasa saja, tak adalah sampai nak makan bertingkat-tingkat mangkuk :) Anak-anak paling suka Sangkayaa. Apa jenis roti dorang ni semuanya suka.



Ambil gambar Abang Ariq sebelum kami beredar, mulut kembung sebelah belum sempat habis kunyah Mummy suruh cepat ke sana hahaha..



Oh ya masa pasang aircond bilik Mak tu pada hari Jumaat, sempatlah bawa Abah ke kubur pagi tu sebelum menunggu installer ni sampai. Itu pun dorang ni lewat sehari, tak sempat sebabnya setiap hari pergi dalam 6 rumah untuk pasang aircond. Memang menduga sungguh nak pasang aircond kat Sg. Buloh ni hehe.. apa pun Alhamdulillah semuanya dah selesai. Puas hati dapat tengok muka Mak dan Abah tersenyum lebar.

No comments: