Wednesday, November 25, 2020

Mandi Kolam dan Pantai di Avillion


Sambungan cerita bercuti di Avillion. Masa ni bawa anak-anak mandi kat swimming pool. Saiz kolam untuk kanak-kanak kat sini kecil je. Masa kami bercuti kat sini tak berapa ramai orang, seronok la anak-anak nak mandi dengan riang. Rasanya kalau pergi masa cuti sekolah mungkin sesak dalam swimming pool ni, tak best pula kan.



Seronok anak bujang tu mandi. Tak silap ai masa anak-anak mandi kat kolam ni tiba-tiba hujan turun. Mujur tak lama sangat hujannya. Rintik-rintik sekejap sahaja. Lagi dua orang anak Zahra dan Aliah sibuk main slide kat hujung kolam sana. Entah berapa kali naik turun. Ariq je tak join sebab takut. Dia takut lemas masa turun dari slide hehe..



Lepas dah puas mandi kolam, Daddy dorang ajak pergi pantai pula. Anak-anak ni memang suka dengan pantai jadi tiada masalah bila ajak ke sana. Ai pun teruja sebab dah lama tak jejak kaki kat pasir. On the way nak ke pantai tu macam-macam haiwan jumpa. Asal nampak saja stop sekejap. Ralit mereka ni tengok haiwan. Anak bandar la katakan hehe..



Setiap kali main pasir setiap kali itu juga la beli mainan pasir tu berulang kali. Asyik terlupa je nak bawa dari rumah huhu



Nyenyak Qaireen tidur masa ni. Sedap sangat dengan angin sepoi-sepoi dan cuaca pun dah tak panas.



Dapat ambil gambar sekeluarga, saja kacau Qaireen suruh bangun. Berat mata dia nak buka, masih nak tidur hehe.. Ada silau cahaya matahari kat atas kepala ai, cakap dengan enZaf cahaya Nur tu :)



Kecil je Qaireen masa ni, tiba-tiba rindu nak baby lagi.



Sebelum balik sempat ambil gambar anak-anak dengan Snowman dorang. Eh Sandman hihi..



Lama juga kami kat pantai sampai nak dekat Maghrib. Seronok tengok anak-anak mandi bersuka ria. Qaireen sorang je yang tak faham lagi. Tak silap ai kat Avillion ni ada 2 pantai boleh kita mandi, kiri dan kanan hotel tu. Tapi kami pilih area yang berdekatan dengan bilik. Esok hari boleh bawa anak-anak ke Pet Farm pula. Itu pun semua dah tak sabar sangat nak jumpa haiwan terutamanya arnab.

No comments: