Thursday, November 5, 2020

Kembali Berjoging


Lama tak buat entry pasal workout. Ai check balik kat blog last entry pasal ni pada tahun 2015. Fuh.. lama dah rupanya tak buat senam-senam ni haha.. Akhirnya joging juga diriku setelah sekian lama. Ai dah start joging pada minggu lepas. Semalam baru joging kali ke-2 haha.. seminggu sekali je ai mampu hihi jadi la kan. Mula joging ni pun gara-gara tengok enZaf berjoging. Dia lagi lah, boleh dikatakan setiap hari. Gigih sebab berat dia dah naik banyak sangat. Tapi itulah bukan senang nak dapat berat ideal sebab kami ni jenis tak jaga makan. Nak nak makanan atau minuman manis, cuma kami berdua kurangkan saja. Eh.. tak ada la kurang banyak sangat pun :p enZaf cakap lagi tak apa lah tak turun banyak yang penting kita ada stamina. Tak nak cepat penat almaklumlah masing-masing dah berumur. Nak pula ai tak lama lagi nak masuk umur 40-an huhuhu



Memandangkan dah mula joging harusla ambil gambar masa kali pertama. Simpan kat blog sebagai kenangan. Joging dengan kasut baru warna pink itu yang membakarkan semangat :p Ai exercise 1 jam. 30 minit pertama dapat bakar kalori sebanyak 185 , 30 minit ke dua pula ai bakar 98 kalori . Total keseluruhan kalori dibakar sebanyak 283. Minit ke dua tu tak banyak bakar sebab ai berjalan je. Speed tu bukanlah sama je all the way. Bila tak larat kurangkan lajunya. Naik turun bergantung kepenatan haha.. yang penting kalorinyakan.



Gambar bawah ni joging semalam. Ada peningkatan banyak juga. Semalam joging rasa macam bertenaga sedikit. 30 minit pertama dapat bakar kalori sebanyak 220 manakala 30 minit ke dua bakar 107 kalori. Total kalori dibakar sebanyak 327. 30 minit ke dua tu pun sama dengan joging minggu lepas, ai hanya berjalan sahaja.



Oh ya ai ada juga cuba buat senaman plank. Oi.. punya la susah. Mula-mula buat tu, menggigil badan ai menahan berat. Boleh tahan susah juga. Tengok gambar dan video kat Youtube tu macam senang je kan. Masa buka Instagram, ai ada nampak satu gambar 30 Days Plank Challenge, laju je save gambar tu. Dan nekad nak buat. Masa buat tu tak sampai 10 saat ai dah jatuh hahaha Adoi la. Banyak kali cuba akhirnya dapat juga 20 saat :) 3 set buat. Hari ini dah hari ke-5 ai dah mampu buat 40 saat. Macam tak percaya ada. Serius buat plank ni berpeluh banyak juga. Sekarang berat ai 48-49kg. Kalau betul-betul nak turunkan berat kena jaga makan tapi tahu dah bab tu ai memang failed. Ikutkan berat yang ideal 44kg tapi dapat 46kg pun okay lah hehe.

No comments: