Nampak gayanya diriku kena tebalkan lagi kesabaran demi pembelajaran anak-anak di rumah hehehe.. Menteri Pendidikan kita telah pun membuat pengumuman pagi tadi bahawa operasi persekolahan ditutup mulai 9hb November 2020 hingga 17/18hb Disember 2020 bagi seluruh Malaysia. Gambar di bawah ai ambil dari Facebook KPM.
Secara tak langsung ujian untuk menduduki PKSK dan UKKM pun tertangguh lagi la kan. Tak apa lah, kesihatan lebih utama dari ujian tu. Kes harian pun masih banyak lebih baik kita duduk di rumah saja. Baju dan kasut sekolah anak-anak pun elok lagi. Harap-harap tahun depan masih boleh pakai haha.. adoi la mak korang ni tak nak bagi anak membesar agaknya :p
Berdasarkan gambar di atas adalah berkenaan pembukaan sekolah bagi tahun 2021. Aliah dan Ariq akan mula bersekolah pada 20hb Januari 2021. Berlainan bagi akak Zahra, nampaknya kemasukan Tingkatan 1 tahun 2021 tarikhnya belum ditetapkan lagi. Eh itu untuk kemasukan sekolah khususkan. Jadi Tingkatan 1/2021 masuk bila ye. Ai tak faham bab ini. Mungkin nanti kita Whatsapp kat cikgu minta jelaskan. Okay sekarang ni nak suruh akak Zahra buat assignment Sains. Cikgunya ada bagi satu projek nak kena siapkan dalam masa 3 minggu, nampak gaya Mummynya kena jadi tukang video lagi hehe
Ai berharap bila habis PKPB 6hb Disember 2020 ini tiada la sambungan lagi. Kalau dah tamat PKPB boleh la suggestkan kat cikgu supaya buat jamuan dan majlis graduasi atau apa-apa sahaja terutamanya Tahun 6. Kesian pula kat akak Zahra, sudah la tiada UPSR kalau tiada jamuan juga, tak dapat dia nak jumpa lagi kawan-kawan dan cikgu-cikgunya kat Sekolah Kebangsaan ni bergambar sebagai kenangan. Kalau diikutkan juga Tahun 6 ada buat lawatan setiap kali hujung tahun. Itu pun hanya angan-angan sahaja yang tinggal :(

No comments:
Post a Comment