Saturday, November 28, 2020

Pet Farm at Avillion PD


Uish tak habis lagi cerita Avillion ini, padahal 1 malam sahaja kami tidur hihi.. Entry ini yang terakhir, betul tutup cerita terus. Ai pun nak delete dah gambar dalam handphone ni, banyak sangat dah tak cukup storage :) Aktiviti kami pada hari terakhir di Avillion ialah bawa anak-anak ke Pet Farm. Tak silap ai Pet Farm dibuka pada masa yang ditetapkan dan hanya sekali sahaja satu hari. Sebelum nak masuk ke dalam Pet Farm tu, kami breakfast dahulu dan selepas itu bawa anak-anak mandi kolam pula. Dorang request nak mandi sekali lagi. Masa nak pergi ke kolam tu lalu depan Pet Farm, sempat la ai snap gambar burung merak dan turtle kat sebelahnya itu.



Tak silap ai Pet Farm tu dibuka pada pukul 10 atau 10.30 pagi. Dari anak-anak mandi kolam tu terus ke Pet Farm. Sebelum tu sempat ai minta anak-anak sarung semula seluar dan baju walaupun dalam keadaan basah. Takkan lah nak masuk dalam Pet Farm tu berbaju mandi pula. Itu yang bila dalam gambar nampak anak-anak macam basah terutamanya rambut hihi..



Perkara pertama, haiwan yang anak-anak terjah ialah arnab. Zahra, Aliah dan Ariq memang tak takut pada haiwan-haiwan macamni. Anak ayam pun ada, habis dipaksanya suruh makan.



Susah juga ai nak ambil gambar dorang ni, agak havoc juga sebab semua orang eksaited nak bagi makanan. Kawasannya agak kecil jadi sempit sedikit bila ramai orang. Tapi walaupun orang ramai, banyak haiwan dalam ni.. rasa la seronok tu.



Ambil gambar anak-anak setiap seorang pegang arnab. Simpan sebagai kenangan.



Putih betul arnab yang Aliah pegang ni. Sampai nampak kotoran degil kat kakinya hihihi..



Ariq agak struggle sedikit nak pegang arnab tu. Katanya arnab tu tak nak duduk diam :p



Sampai staf kat Pet Farm tu datang kat Ariq, dia ajar macamana nak pegang arnab dengan betul. Mungkin dia nampak Ariq huru hara nak pegang arnab sebelum ni hihi..



Akhirnya dapat juga ambil gambar dorang bertiga ini duduk dekat. Kalau tak hilang semuanya ke sana sini masing-masing. Sampai ai susah nak nampak kelibat dorang. enZaf kat luar Pet Farm jagakan Qaireen tengah tidur. Dia suruh ai layankan anak-anak. Dia tahu ai akan ambil banyak gambar dan video hehe.. Thank you Yang!



Akak Zahra tiba-tiba datang dekat ai, dia tunjuk akhirnya dapat pegang anak ayam. Susah nak tangkap sebab laju dan anak ayam tu pun berkepit je dengan maknya. Terus laju ai ambil gambar dia.



Aliah pun dapat pegang anak ayam cuma Ariq sahaja tak dapat pegang lama, bila pegang asyik sahaja terlepas.





Dalam Pet Farm tu sempat lah ai ambil beberapa gambar arnab. Ada je haiwan lain tapi sebab ai malas nak bangun. Ambil gambar yang ada depan mata je haha.. yang pasti semua arnab-arnab tu comel sangat.



Cantik hitam putih. Elok je hitam kat mata tu macam pakai mask.



Arnab kat gambar bawah ini paling comel. Rasa nak picit-picit saja. Geram betul dengan warna pun cantik kelabu putih.



Rasanya dalam 1 jam juga kami kat dalam tu. Kiranya sampai habis masa lah hihihi.. Anak-anak memang ralit sungguh, tak sampai hati pula nak duduk sekejap je. Ai pun biarkan je lah dorang bertiga tu seronok main dengan haiwan. Lepas habis kat Pet Farm tu terus kami balik bilik. Mandi dan bersiap untuk check-out.



Sebelum nak keluar dari kawasan Water Chalet ini sempat kami jalan pusing-pusing sekali lagi sekitar Avillion. Bangunan belakang kami dalam gambar di bawah ini ada Lounge. Ingatkan nak pergi situ untuk bergambar tapi kanak-kanak tak dibenarkan masuk ke dalam tu. Sebelum ini pernah tengok orang bergambar dalam tu nampak cantik view. Sedih pula rasa tak dapat masuk tapi tak apa lah nak buat macamanakan, dah gitu rulesnya.



Apa pun kami semua gembira bermalam dekat Avillion Port Dickson ini. Anak-anak ape entah lagi, sejak dari tidur situ boleh dikatakan anak-anak ajak Daddynya ke sana lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih kami pasti datang lagi. Sekarang ni kita berdoa semoga bebas dari pandemik Covid-19 dan dapatlah kita menjalani kehidupan seperti biasa.

No comments: