Ingatkan nak sambung cerita kat Avillion tapi malas pula sebab kena cari semula gambar lama dan fikir buat apa :p Tunggu kerajinan itu datang. Nak buat entry pun kena ada moodkan. Hari ini nak cerita berkenaan seni Ariq. Minggu lepas cikgu seninya minta anak murid buat penanda buku menggunakan kertas. Kiranya origami bermaksud melipat kertas. Cikgunya sertakan sekali gambar membuat origami penanda buku, murid-murid hanya perlu ikut sahaja langkah-langkah seperti dalam gambar. Ai beritahu Ariq bahan-bahan yang diperlukan. Dan dia sediakan semuanya sendiri.
Bila cikgu dah beri step-by-step nak buat tu, mudahlah ai nak bagi Ariq buat sendiri. Cuma ada satu part nak lipat tu je dia tak berapa faham. Yang lain semua ai tengok sahaja. Gambar kat bawah ni dia nak buat mata. Dia tanya ai nak besar mana, nasib baik atas meja makan tu ada lilin bulat yang kecil untuk tealight. Ai suruh je dia pakai tu buat bulatan haha..
Masa dia tampal mata kat kertas tu, mulut membebel nak buat mata elok ke nak buat mata crazy haha.. kalau ikut dia nak elok, ai awal-awal cakap buat crazy Ariq :p Akhirnya dia akur dengan kehendak Mummy yang menggunakan kuasa veto.
Nak diikutkan Ariq untuk lidah tu dia nak buat dengan kertas warna merah tapi dah habis pula warna tu. Jadi dia pilih warna oren, ai tengok pun cantik juga.
Dia buat haiwan Chameleon.
Bukan main besar lagi dia buat penanda buku tu haha.. Janji dia happy dan puas hatikan.
Katanya senang je buat bookmark ni, bahan pun sikit pakai kertas sahaja. Iye la nak oi.. tunggu cikgu bagi yang susah sikit :p Sebelum ini dia ada buat projek seni berkenaan penggunaan media dan teknik catan. Ai tak ambil pula gambar masa dia buat tu. Tak ingat sibuk sebab apa. Yang pasti tu Aliah ada bantu dia buat sama. :) Tadi masa online class subjek seni ai macam ada dengar cikgunya bagi homework. Lepas habis kelas ai suruh dia buat terus, dia malas katanya esok buat hihihi Anak bujang ni memang suka melengahkan buat kerja sekolah.. geram je.

No comments:
Post a Comment