Thursday, September 10, 2020

Gambar Hari Raya Haji Lagi


Lupa pula nak masukkan gambar raya haji yang dalam telefon ni kat blog. Haritu masukkan gambar dari kamera DSLR [link]. Pagi raya tu ai masak lontong, permintaan dari enZaf dan anak-anak. Elok juga sebab masak lontong lagi senang dari nak masak rendang. Takde la lama nak duduk dapur hihi Lepas siap memasak terus hidang dan setting meja makan. Masa raya je nampak cantik, hari lain bersepah :p



Dulu ai takde letak tisu atas pinggan. Sekarang dah pandai buat, apa lagi letak la bagi nampak cantik. Semua gara-gara PKP kan takde buat apa, belajar lipat napkin [link]. Lemang tu enZaf beli kat tempat biasa area seksyen 6 KD ni. Setakat ni kat situ je yang sedap. Lupa pula nak tanya enZaf apa nama orang buat lemang tu. Tapi harga lemang sekarang ni boleh tahan mahal juga.



Ai buat biskut raya satu je iaitu biskut choclate chip. Itu pun ai simpan dalam bekas plastik je, tak letak dalam balang kuih pun hahaha.. Buat 2 bekas jadi la. Baru letak atas meja malam raya dah tinggal separuh, sabar je la.



Gambar bawah ni dari kamera enZaf. Simpan dalam blog sebagai kenangan.



Mujur ai ingat nak ambil gambar berdua. Kalau tak memang selalu lupa je manjang.



Gambar satu keluarga lagi :)



Gambar bawah ni dari kamera abang ipar. Masa ni kat rumah mertua. Qairen dengan Atok. Malu-malu je anak dara tu senyum sebelah Atokkan.



Ini je la cousin dorang yang ada. Lagi 3 orang memang dah susah nak jumpa. Masa raya aidilfitri ada jumpa sekejap tapi terlupa pula nak ambil gambar dengan dorang. Semua dah besar panjang, sorang dah kahwin.



Gambar beramai-ramai, Nora wife abang takde dalam gambar. Dia kena kerja hari tu.



Gaya bebas!



Keluarga sebelah ai je tak bergambar huhu.. masa kami sampai tu dah petang. Masing-masing dah sibuk melayan tetamu yang datang dan ada yang dah salin baju hihi Takpe la raya tahun depan kita bergambar lagi :)



No comments: