Monday, September 28, 2020

Nasi Dagang Kak Jah


Pada pagi hari Isnin kami keluar ke Kuala Terengganu untuk sarapan pagi. Anak-anak tak mandi pun, kejutkan tidur lepas tu terus pergi haha



Nanti balik makan nak mandi laut pula. Tak payah buang masa, kalau pergi berjalan kita gunakan masa sehabis baik. :p



enZaf tanya kawannya kat mana nak makan nasi dagang sedap, kawannya cadangkan Nasi Dagang Kak Jah. Bila enZaf Waze nak ke kedai Kak Jah ni rupanya dekat je dengan tempat penginapan kami. Marang ni sebenarnya tiada la jauh sangat dengan KT. Bagi ai okay je pergi balik ke town.



Tak silap ai kami sampai kat kedai dalam pukul 8.30 pagi. Pada kami waktu tu kira awal dah tapi tidak bagi orang Terengganu haha.. Sampai-sampai je makcik yang berniaga dalam kedai ni tanya kami nak makan sini ke. Terang lagi bersuluh kot kan, dah tentulah kami datang untuk makan :p Katanya lagi nasi dagang tinggal 3 pinggan je. MasyaAllah tak sangka masih ada rezeki untuk kami merasa. Terus enZaf kata nak 3-3 pinggan tu. Memandangkan ianya makan pagi, kami takde la nak order sorang satu. Janji dapat merasa sorang sikit dah okay sangat.



Nasi dagangnya simple je bagi ai. Walaupun simple tapi sedap juga. Lebih kurang sedap sama dengan Nasi Dagang Atas Tol. enZaf juga ada order Pulut Kuning. Lauknya sama dengan nasi dagang ada gulai ikan aye (ikan tongkol). Serius pulut kuning ni sedap. Anak-anak mengadap makan ni saja nak nak akak Zahra. Dia bab-bab pulut ni memang suka.



Masa kami mula-mula sampai ke kedai ni, ramai kaum Cina datang makan. Macam rombongan pun ada cuma tak tahu datang dari negeri mana. Tapi dorang semua tu dah habis makan dah, mungkin sebab tu kot nasi dagang habis cepat. Apa pun Alhamdulillah dapat juga merasa. Tengah buat entry ni tiba-tiba rasa lapar pula. Mana nak cari Nasi Dagang Kak Jah kat KL ni hahaha Oh ada satu hari tu, tak ingat pula minggu lepas ke atau 2 minggu lepas, enZaf ada tapau Nasi Dagang Air Dingin untuk breakfast. Sedap juga nasi dagang tu.

Eh ada lagi sikit sambungan, habis makan nasi dagang ni kami terus balik ke resort. Anak-anak nak mandi laut lagi katanya. Mandi sampai pukul 1 kot kalau tak silap. Memang habis terbakar kulit masing-masing. Itu pun nasib baik ada break sebab nak lunch. Kalau tak lunch tu mahunya sampai ke petang mandi. enZaf ada hantar gambar kat Whatsapp, entah bila dorang bertiga ni ambil gambar. Tak ajak Mummy pun ye.







No comments: