Wednesday, September 23, 2020

Tidur di Angullia Beach House Resort


Minggu pertama bulan ni kami pergi ke Terengganu. Sebenarnya enZaf ada kerja kat sana dah alang-alang tu dia ajak la ai dan anak-anak ikut sama :) Ya Allah dah orang ajak berjalankan harus la kita setuju walaupun pergi tu anak-anak terpaksa ponteng :p Kami bertolak Ahad pagi, petangnya enZaf ada meeting kat Kuala Terengganu. Kat sana Ahad hari bekerjakan. Sebelum meneruskan perjalanan kami berhenti dekat RnR Genting Sempah untuk breakfast.



Waktu pagi tu boleh dikatakan ramai juga orang kat RnR ni. Ai rasa sekarang ni orang bercuti dah tak ikut masa dan harikan. Lagi seronok berjalan pada hari biasa sebab kurang sesak.



Dah makan kami sambung perjalanan. Tiada stop mana-mana terus sampai ke Terengganu. enZaf booked kat Angullia Beach House Resort area Pantai Marang. Pertama kali kami ke sini.



Sementara menunggu enZaf check-in, ai ajak anak-anak bergambar kat depan resort ni. Elok nak bergambar tiba-tiba hujan rintik-rintik. Nak cepat-cepat bergambar tapi Qaireen pula taknak tengok camera. Jenuh panggil buat tak tau je dia, sabar je la.



Walaupun dah hujan rintik-rintik ai nak bergambar juga, tak kira haha Thank you Aliah ambilkan gambar Mummy dan Qaireen yang tak nak pandang camera tu huhu.



enZaf bayar tidur satu malam je dulu kat sini, katanya nak tengok dulu okay ke tak. Kalau okay kita sambung satu hari lagi, kalau tak okay cari tempat lain pula. Ai menurut saja mana-mana pun tak kisah. Lupa pula ai nak ambil gambar bilik. Bilik kami ada 2 queen bed. Bagi ai okay sangat la tuk kami sekeluarga. Rapatkan katil setel :) Ini luar bilik kami. Suka ai tengok keadaan persekitaran kawasan resort ni. Terjaga sangat dan bersih. Tak sure pula ai tempat ni baru lagi ke dah lama.



Bagi anak-anak main pasir kejap. Kalau nak diikutkan dorang ni nak terus mandi laut, tapi awal-awal lagi Daddy dorang dah pesan kita masukkan beg je dulu lepas tu nak keluar makan. Monyok terus muka hahahaha



Saja bagi anak-anak warm-up kat pantai.. ambil feel dulu :p



Pantainya cantik dan bersih sangat. Lama betul ai tak lepak pantai, kali terakhir masa Qaireen umur 5 ke 6 bulan. Rasa nyaman je. Pulau kat depan tu ialah Pulau Kapas. Jeti nak ke sana dekat dah dari sini. Kalau la tak kerana enZaf ada kerja, ai dah ajak dia ke sana terus hihi



Lama juga biarkan anak-anak ni melepak kat pantai lepas tu terus kami keluar makan petang. Masa ai tengah berjalan nak ke kereta tu, tiba-tiba enZaf cakap "Yang! stop situ. Nak ambil gambar."



Kami keluar nak mencari celup tepung. Tapi tak pergi jauh mana la, area kawasan Marang ni je. Mula-mula masuk Warung Rizqi tapi takde tempat meja kosong pula. Terus kami pergi ke gerai sebelah. Tapi yang itu ai tak ingat nama apa sebab tak ambil gambar depan haha



Ada kopok lekor, sotong, udang dan ikan. Boleh la bagi ai, nak kata sedap sangat tu tak de la. Cuma satu je ai tak berapa suka kawasan tu. Baunya tak berapa menyenangkan. Tak sure datang dari mana bau tu tapi macam bau longkang. Bukan gerai tu je, memang sepanjang tepi pantai tu. Mungkin sistem perparitan dia tak berapa elok. Jadinya makan laju-laju dan terus balik.



Oh ada beli sata kat Warung Rizqi tu, warung kami makan tiada jual sata. Kurang sedap satanya, agak kecewa sedikit mungkin ai dah letak high expectation, kalau kat pantai timur ni mesti sedap punya huhuhu. Kami bungkus kopok leko bawa balik. Akak Zahra nak makan lagi katanya. Masa on the way nak ke resort ai nampak banyak signboard Roti Paung tepi jalan, enZaf pun terus berhenti beli nak merasa gitu.



Rezeki kami hanya ada 2 bungkus je roti paung yang tinggal. Terus enZaf beli semua. Ingatkan roti kosong je, rupanya dalam tu ada kacang merah. Sedap juga nak nak kalau makan masa tengah panas lagi sedap.



Lepas tu kami terus balik ke resort, anak-anak dah tak sabar nak mandi laut. Bawa sekali roti paung dan kopok lekor ke pantai, itu untuk ai makan sambil tengok anak-anak mandi hehe

No comments: