Tuesday, September 1, 2020

Tak Sihat


Minggu ke-2 bulan Ogos yang lepas Aliah demam. Dapat virus dari Daddynya. Masa enZaf demam, agak lama nak baik dekat seminggu juga la. Masa dia demam hari ke-5 enZaf pergi klinik buat ujian darah, doktor takut dia kena denggi. Alhamdulillah resultnya negatif. Elok dia baik, Aliah pula yang demam. 3 hari juga doktor bagi cuti sakit, lepas tu ai tambah sehari lagi dia berehat dekat rumah tak pergi sekolah :) Dia sekolah hari Jumaat je satu hari minggu tu. Sejak sekolah buka ni boleh dikatakan setiap hari ada je parents Whatsapp dalam group beritahu anak-anak tak dapat hadir ke sekolah sebab tak sihat. Dah mula sekolah ni macam-macam virus dapatkan. Semoga anak-anak kita ni dilindungi hendakNya.

Minggu seterusnya Qaireen pula tak sihat. Bukan demam tapi bahagian pundi kencing dia membengkak. Dia susah nak buang air kecil. Setiap kali nak kencing dia nangis, sakit agaknya. Sebelum ai tahu dia sakit untuk buang air kecil, ai ingatkan dia sembelit susah nak berak. Punya la ai bagi dia minum air manis, makan aiskrim untuk dia senang membuang. Tapi tak de pun dia berak. Dekat 2 hari juga la ai nak paham sakit dia. Ai mula perasan bila diapers dia tak penuh terutamanya masa bangun pagi. Waktu siang dan malam pun sama diapers tu tak berat. Dari situ ai dah syak dia tak kencing, dan bila dia menangis dia pegang area depan bukan belakang punggung. Jadinya sakit tentu bahagian depan. Masa check kat klinik doktor kata memang ada bengkak kat bahagian kencing tu dan doktor sapukan ape entah macam alkohol untuk matikan bakteria la kot kan. Katanya nasib baik ai bertindak awal sebab belum sempat bernanah, kalau bernanah lagi bahaya takut lagi teruk infectionnya dan masa tu juga kena masuk wad. Dalam masa nak menunggu baik tu kesian juga la ai tengok Qaireen. Ai tengok dia macam trauma dah nak kencing sebab sakitkan. Tiap kali nak kencing dia menangis. Bila tak sihat dia nak berdukung je, satu kerja pun ai tak boleh buat sebab dia taknak lepas. Makan untuk anak-anak pun ai order je senang tak payah pening-pening. Dah la masa dia sakit ni enZaf outstation ke Perlis. Memang menguji kesabaran sungguh, tapi alhamdulillah ai boleh handle hehe Dalam 6 hari juga la Qaireen betul-betul sihat.

Video bawah ni bagi dia makan ubat. Ada 2 jenis ubat doktor bagi. Antibiotik dan ubat tahan sakit. Yang antibiotik dia senang sangat makan, mungkin sedap kot. Tapi yang ubat tahan sakit susah dia nak telan. Jenuh juga pujuk. Simpan sini sebagai kenangan :)





Baru ni Jumaat lepas akak Zahra pula tak sihat tapi bukan demam. Dia tiba-tiba dapat alahan. Tak tahu dapat dari mana samaada dari makanan atau pun kena gigitan serangga. Bahagian perutnya penuh dengan bintik-bintik merah dan ada sedikit pada bahagian tangan. Ai tengok macam ruam pun ada, dan area yang kena tu dia rimas sebab gatal. Ai cepat-cepat sapukan dengan calamine lotion. Sekurang-kurangnya dapat bantu kurangkan rasa gatal dia tu kan. Ai berharap bukannya chicken pox. Dalam 4 jam tu ai tengok lagi sekali ruam tu, makin lama ruamnya makin banyak dan kalini ada sedikit naik kat bahagian muka. Mujur enZaf ada kat rumah, terus ai minta dia bawakan Zahra ke klinik. Lepas check-up doktor bagi ubat tahan sakit dan alahan. Alhamdulillah bukan serius sangat. Cuma tak pasti akak Zahra tu dapat dari mana. Nak katakan makanan, sama je apa yang dia makan dengan kami. Dan sekarang ni alhamdulillah dia dah semakin sihat. Ruam tu pun dah tak merah dan tak gatal.


No comments: