Tak sengaja makan kat restoran ni. Sebenarnya kami nak makan Nasi Ayam Chee Meng. Tapi sampai-sampai kedainya tutup pula. Dah alang-alang kat situ kami pun makan kat Restoran Kari Kepala Ikan E&O yang kedainya berhadapan dengan Chee Meng tapi di corner lot. enZaf panggil restoran ni Kari Kepala Ikan Taman Wahyu, dia selalu makan dah tapi kat Jalan Ipoh. Berbeza dengan ai sebab ni kali pertama kali nak makan kat restoran ni :)
Dah nama kedai kari kepala ikan harus la ada lauk tu. Pilih ikan merah.
Order ayam goreng untuk Qaireen dan Ariq. Acar timun tu sedap sangat.
Kami tak order banyak lauk selain ayam dan acar timun tambah satu telur dadar. Kari kepala ikan tu dah besar dan banyak untuk kami sekeluarga. Sempat wefie sebelum makan.
Ariq dan Aliah suka kari kepala ikan, akak Zahra pula hanya makan ayam goreng sahaja dengan lauk kari. Suruh dia cuba ikan tak nak, memang susah nak suruh anak dara tu mencuba makanan. Bila dia taknak cuba memang susah la nak bagi dia rasa samada makanan tu sedap ke takkan.
Saja ambil gambar sikenit ni, bukan main gedik posenya.
Lepas kami makan terus balik rumah. Ai ajak enZaf pergi taman lepas Asar nak joging. Elok sangat la dah melantak kari bagi buang balik lemak-lemak degil yang ada. Semoga berjaya la buangkan sebab tau dah nanti joging tu sikit je makannya lebih. Kalau dapat buang lemak tu kira bonus la yang penting bagi ai stamina. Bila ada stamina baru seronok buat kerja dengan laju, solat pun senang tak berat sangat rasa ehehe..

2 comments:
faveret husband ammi kari kepala ikan..tapi biasanya masak sendiri jelah kat rumah
wah pandai masak kari kepala ikan. yati pandai makan je :p
Post a Comment