Ai belajar lipat napkin hari Sabtu yang lepas. Eh bukan napkin bayi tapi napkin untuk meja makan hihihi Gara-gara meneman enZaf buat kerja kat meja makan. Masa tengah borak-borak dengan dia, ai duk tambah tisu atas meja. Masa tu la tetiba terfikir, eh macam menarik pula nak lipat-lipat letak atas pinggan. Ai memang suka buat origami, jadinya laju la search dalam Youtube cara-cara nak lipat napkin. Lama tak main lipat-lipat ni, keras betul tangan ai haha
Gambar napkin yang jalur-jalur tu banyak kali lipat buka lipat buka. Sampai dah naik lunyai dibuatnya. Bentuk pun dah tak berapa elok. Bila dah pandai cuba dengan napkin corak lain pula. Macam gambar bawah ni, bentuk yang sama. Bezanya lagi cantik dan kemas hehehe Bentuk crown katanya. Tang mana yang crown pun ai tak pasti :p
Gambar bawah ni pula bentuk bunga. Sekali buat je jadi. Tapi lambat sikit siapnya sebab kena pegang betul-betul bagi tak terburai haha Cantik kembang semangkuk, Aliah suka bentuk ni.
Lipatan bawah ni paling senang. Bunga ros. Kalau napkin tu plain warna merah dan takde corak lagi cantik kot kan. Tapi halus je bunga kat situ. Kena saiz napkin besar baru besar la rupa bunganya.
Bila dah buat tu rasa seronok pula. Nasib tak habis tisu tu semua. Buat ai ralit. Ai siap cakap dengan enZaf nanti nak beli lagi napkin lain yang kosong je tak de corak. Dia hmmm aje malas nak layan. Sibuk tengah buat kerja :p Oh ye lepas tu alang-alang nak beli baru cari napkin ring pulakan.. eh macam-macam la pula nak haha
Malam tu ai panaskan aje lebihan nasi goreng siang tadi. Lepas tu bakar kambing letak sayur brokoli dan karot sikit. enZaf beli kambing perap laju la ai masuk oven hahaha Tak ambil pula gambar kambing, hidang kat meja terus makan :)

No comments:
Post a Comment