Friday, February 1, 2019

Masak Lemak Cili Api Sabak Salai


Fuh.. bercinta rasanya nak habiskan cerita holiday ini. Nak buat sekali gus satu entry tak larat pula. Kadang-kadang ai sendiri sampai dah lupa apa nak cerita. Ini pun rasa macam ada tak dimasukkan hehe... Akhirnya, dalam 5 hari 4 malam kami tidur di Forest City Golf Resort ini. Ianya merupakan pengalaman yang tidak dapat ai lupakan. Hotelnya yang cantik, bersih dan servis pun bagus sangat tip top. Pemandangan pun menarik dengan warna yang menghijau dan jauh ceruk hutan dari bandar :p Makanan pun sedap-sedap juga... haishhh banyak betul pujian ini kan. Agak-agak Forest City bagi tidur free tak hahaha.. Gambar di bawah ini kami tengah breakfast. Anak-anak pun turut gembira sepanjang di Forest City ini.



Mula-mula plan nak keluar awal sket. Ai selesai packing bag, bil tengok jam dah dekat pukul 11.30 pagi. Konon lah nak awal, dah nak tenghari rupanya hahaha... Sementara menunggu enZaf selesaikan check-out dan bawa kereta sempatlah ai ambil gambar anak-anak di lobi ini. Masih bertemakan hari Krismas.



Bila dah keluar dari hotel ini, kami ingatkan nak makan tenghari kat Asam Pedas Botak tapi enZaf rasa malas pula nak masuk town. Kalau ke town kira dah macam patah balik, agak jauh dan bertentangan jalan nak balik ke KL. Jadinya batalkan sahaja niat nak makan asam pedas. On the way balik tu, ai saja ajak enZaf makan kat Negeri Sembilan. Dia pun setuju memandangkan kami semua belum lapar sangat, masa breakfast tu masing-masing makan banyak juga. Sebelum sampai ke Negeri Sembilan kami stop di R&R Ayer Keroh untuk solat.



Tengah menunggu enZaf solat apa lagi nak buat, bergambar dalam kereta la :) Yang kecil mata bulat ini ialah permata hati yang selalu bikin Mummy pening dan berangin haha.. Anak-anak ini bila dalam kereta tak tahu duduk diam. Ada je macam-macam benda nak buat. Kejap-kejap gembira nanti gaduh pula, entah berapa kali gaduh baik sepanjang perjalanan huhu...



Disebabkan kami nak singgah makan kat Negeri Sembilan, maka lunch agak lambat sedikit dalam pukul 3 petang gitu. Lama nak makan kat Sabak Salai ni. Kalau nak datang ke sini untuk makan semata memang tak lah, tapi dah alang-alang lalu rugilah kalau tak singgah. Disebabkan nama kedainya salai dah tentu-tentulah lauk pauknya juga penuh dengan masakan lemak cili api.



Dalam banyak-banyak lauk, ai suka daging salai. Kuah lemaknya sedap dan daging tu lembut sangat. Terbaik!!



Pada sesiapa yang nak mencuba makan di Sabak Salai, sila susur keluar di tol Pedas-Linggi, lepas tol ada simpang tiga, belok ke kanan. Straight je sampai la nampak kedai makan di sebelah kiri. Jarak antara tol dan kedai ini dekat sahaja. Kalau tak faham boleh je gunakan Waze. Lagi mudahkan :)



Kedainya buka dari pagi, tak ingat lah pukul berapa dan kedai tutup dalam pukul 5 petang. Ai tahu kewujudan kedai Sabak Salai ini pun masa pergi dengan bff [link]. Pertama kali makan dah terus suka dengan masakannya hehehe... Itu yang kali ini ai ajak enZaf pula. Sekarang ni kedainya dah buka lebih besar, meja pun dah semakin banyak. Alhamdulillah bisnes dah semakin maju.. mungkin orang pun dah ramai tahu kesedapannya :) Sebelum balik sempat bungkuskan sedikit lauk untuk mertua. Yey.. habis sudah cerita tahun 2018. Sekarang dah masuk bulan 2. Bulan ini ialah bulan birthday Qaireen hehe



2 comments:

Baby Breath said...

haiiiii. comelnya anak anak tu. saya tak pernah try lagi makan kat situ sebab jauh tapi sellaugak dengar orang cakap situ makanan sedap

Nurhayati said...

hai aisyah!!!! salam perkenalan :)
mmg jauh juga kalau dari rumah nak ke sana,
tp dah alang2 lalu..harusla singgahkan.