Tuesday, February 19, 2019

Projek Sains: Kipas Tangan Peraturan Bilik Sains Tahun 3


Kalau anak-anak ada projek kerja sekolah yang hendak dibuat. Ai la orang pertama sekali runsing hahaha... runsing tu disebabkan ai takut terlupa. Bukan anak-anak yang lupa tapi maknya. Dorang ni kalau esok nak hantar baru la teringat. Bila buat projek ini harusla ada bahan yang perlu dibeli. Minggu lepas pada hari Khamis ke Rabu ai tak berapa ingat, Aliah ada beritahu yang cikgu Sains minta buat kipas tangan. Kena rujuk dalam buku teks, murid-murid kena buat kipas tangan yang mempunyai peraturan bilik sains.



Hari Sabtu baru kami keluar untuk mencari bahan. Beli stik aiskrim, stiker dan kertas warna kuning dan biru sebagai tambahan. Dekat rumah sudah ada kertas warna kuning dan biru tapi ai beli lagi buat stok. Bahan-bahan lain sudah ada di rumah. Pada hari Ahad baru Aliah start buat projek Sainsnya itu. Mula-mula perlu buat lubang pada stik aiskrim. Yang ini Aliah first time menukul. Eksaited dia dapat pegang hammer untuk ketuk paku hehe



Bukan main fokus lagi Aliah tu pegang paku, dekat sangat nak oi dengan mata. Minta dia jauhkan sedikit. Akak Zahra pun tolong sama. Dia dah pernah menukang kat sekolah. Jadi tiada masalah nak buat. Laju je dia siapkan.



Jahanam meja sebab ai tak alaskan dengan kertas ke apa.. main ketuk je atas meja makan. Nasib baik enZaf tiada kat rumah hahaha... Dah siap buat lubang pada semua stik aiskrim, Aliah sambungkan semua stik aiskrim itu dengan memasukkan dawai pada setiap lubang yang dah dibuat.



Ai hanya tolong Aliah gunting kertas warna. Dia tulis peraturan atas kertas warna tersebut.Sebelum itu, ai ada tanya dia kenapa tak pakai pen, dia jawab takut salah tulis nanti kena tulis semula pada kertas lain. Dia pilih tulis menggunakan pensel je. Ikut dia lah kan, projek dia. Asalkan dia suka ai sokong :) Tak habis pun Aliah tulis peraturan tu sebab jam dah pukul 10 malam. Ai minta dia sambung keesokkan harinya iaitu hari Isnin :) Sambungan hari esok dia sambung menulis. Dah siap Aliah perlu lekat kertas itu pada stik aiskrim menggunakan double-sided tape.



Dah selesai semuanya lekat, ai tolong letakkan tali riben belakang kipas. Bila buka kipas tangan tu elok je tersusun sama lebar. Suka kipas dia dah siap akhirnya.



Kalau nak dilihatkan betul-betul tak berapa rapat kipasnya. Ai nak adjust balik leceh sebab dah lekat, mujurlah Aliah jenis tak kisah.



Kertas warna tu dia yang susun nak guna warna apa. Ceria sungguh kipasmu hehe.. Mummy suka. Sebelum buat projek Sains ini, dia ada buat projek subjek English. Berkenaan My Family.. lupa pula nak ambil gambar. Nanti dah ambil gambar, ai update balik letak gambar dalam entry ni.


No comments: