Monday, February 4, 2019

Tahniah Aizad & Asniza!


Sabtu baru-baru ini, sepupuku kahwin. Pasangannya orang Jempol, Negeri Sembilan :) Akad nikahnya pada pagi Sabtu itu juga tapi ai tak sempat nak datang. Kami datang waktu makan je hihi... First time kami berjalan ke Jempol ni. Agak jauh juga nak sampai, dalam 2 jam lebih. Kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi, sepanjang perjalanan nak ke sana ya ampun banyak betul kereta. Ditambah pula dengan cuti sekolahkan. Mungkin ramai yang balik kampung dan holiday. Dalam perjalanan itu pun, ada dua kemalangan kami tempuh :( Tepat pukul 12.30 tengahari kami sampai. Fuhh... bertabahlah.

Kami sampai tu, memang ngam rombongan baru nak masuk. Laju je lah kami ke meja beradab hahaha.. Kebetulan memang semua dah lapar :p Oh ya pihak keluarga pengantin perempuan tak ada buat adat sanding atas pelamin. Rombongan terus dibawa makan. Pelamin yang disediakan untuk sesi bergambar. Tengah makan tu sempat ai ambil gambar mak dan bapa saudara. Ambil gambar Mak bersama Mak Lang & Mak Ngah.



Abah dengan Pak Lang & Pak Ngah.



Pak Teh & Mak Teh.



Hanya keluarga Pak Chik dan Pak Su sahaja yang tak dapat join rombongan ni. Adikku pula dua orang jsaja yang ikut, Achik tak berapa sihat dan Angah tak dapat balik.



Qaireen ni sebenarnya baru bangun tidur, dia masih blur, bangun-bangun tengok tempat lain hehe... Mood dia pun tak berapa elok, semua orang yang tegur dia, melalak huhu...



Sepupuku Aizad & isterinya :) Cantiknya.. sama cantik sama padan, manis semua ada hehe..



Aizat adalah anak Pak Ngah yang ke-4. Ini merupakan menantu perempuan pertama dalam keluarga mereka. Sebelum balik harusla ambil gambar dengan pengantin.



Dua gambar di bawah ini dari kamera Yana. Bergambar bersama sepupu-sepupu yang ada. Susah betul nak ada semua, tak pernah nak cukup semuakan huhu...



Bergambar dengan seluruh ahli keluarga rombongan pengantin lelaki.



Ariq ni dah macam nak pergi ke pantai dengan seluar pendek dan bawa bakul. Tak nak pakai seluar panjang, gasak lah ai malas nak layan. Dalam bakul tu pula dia letak kereta Hot Wheelsnya, usung lah ke sana ke sini huhu...



Sempat wefie satu kali dengan Qaireen on the way ke kereta :)



Cuaca panas sungguh kat Jempol, masa nak datang tu adalah sedikit hujan lepas tu terus panas lit lit. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. InsyaAllah Sabtu depan, kenduri sebelah Pak Ngah pula. Harap-harap ai dapat jumpa yang lain. Tahniah Fadhil Aizad & isteri. Semoga kalian kekal bahagia hingga ke Jannah.

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

tahniah.. sama cantik sama padan ^^