Monday, February 11, 2019

Bracelets Baru dari Les Georgettes


Masa cuti Chinese New Year kami pergi ke MidValley (MV). Rasanya lama betul tak ke sana, sampai kedai Money Changer dekat lower ground floor sebelah escalator tu dah takde pun. Dan ai perasan area bawah tu dah buka besar lagi ke belakang dan ada banyak lagi kedai dan food court. Ya ampun serius lama betul tak pergi MidValeey ni hahaha Money changer tu dah la femes kalau ke MV, tak putus-putus orang beratur untuk tukar duit sampai sesak area situ. Masa jalan-jalan pusing MV, boleh pula terjumpa dengan staf enZaf. Jarang betul kami ni kalau keluar jumpa staf dia, terserempak dengan kawan-kawannya tu ramai la. Lepas berborak sekejap dengan staf dia tu ai ternampak satu kedai Les Georgettes ni. Sebelum ni ai dah pernah tengok sedikit pasal brand ni masa dorang buat roadshow kat The Curves. Kalini ai saja la pergi tengok sekali lagi, ralit dan leka ai sebab dapat layanan mesra dari SA sorang ni. Ai ada tengok nama dia kat nametag tapi sekarang tak ingat pula huhu

Masa belek tu saja la tanya enZaf yang ai berkenan dan minta belikan satu. Tak sangka pula jawapan dia "okay". Untung tanyakan, kalau tak dapat pun tak mengapa tapi tak rugi pun kalau saja-saja tanya hehe Bila dah kata okay tu apa lagi laju-laju la kita pilih, takut nanti dia tukar fikiran tiba-tiba :p Tak pasal melepas haha.. Nampak muka happy kat situ plus tak cukup tidur haha



Dah puas pusing-pusing satu MV, kami berhenti sebentar untuk minum petang pula kat Starbucks.



Mula-mula tu ai ambil gambar bertiga je, Qaireen tak masuk dalam frame. Lepas tu baru teringat dia tiada dalam gambar terus ambil gambar lagi sekali. Lupa anak dah 4 orang :)



Kotak Les Georgettes warna hijau. Cantik sangat. Macam warna PAS pun ada :)



Baru tahu rupanya brand ni adik beradik dengan Pandora. Lama dah kat luar tapi baru masuk Malaysia. Ada 3 jenis warna iaitu Rose Gold, Gold & Silver. Ai pilih Rose Gold sebab warnanya lagi cantik dan buat lagi menyerlah.



Warna dalam bracelet tu diperbuat dari leather. Ianya boleh di buka pasang semula dengan warna lain. Tak silap leather tu harganya bermula dengan harga RM90 ke atas bergantung pada saiz juga. Dan setiap satu leather ada 2 warna depan belakang. Warna leather yang ai beli ni warna soft pink dan belakangnya warna grey. Aliah yang pilih warna tu :) Kalau dah bosan warna tu nanti boleh beli lain pula. Tengok pada bookletnya, terdapat pelbagai jenis saiz, corak & warna. Cantik pula tengok warna terang-terang ni.



Selain dari gelang, cincin dan pendants pun ada juga. Oh..untuk lelaki pun ada juga tau. Cantik-cantik juga, nampak maskulin sangat designnya. Tapi enZaf tak berkenan pula. Kalau tak boleh dia join berLes Georgettes dengan ai hihi Thank you enZaf belikan. Nak beli Pandora sampai sudah tak beli-beli sejak dari hilang tu enZaf macam tak layan sangat bila ai pujuk huhu Kalini dapat adik Pandora pun kira bertuah dah ;)


No comments: