Saturday, February 9, 2019

Sepetang di Ardence Labs, Setia Alam


Agak lama juga kami anak beranak tak ikut enZaf main bola. enZaf tu ada je main bola sana sini tapi kebanyakkannya padang yang dia bermain itu tidak sesuai untuk kami join. enZaf ni kalau dia nak bawa kami, dia akan pastikan tempat itu mesti lah selesa untuk ai dan anak-anak nak melepak. Sekurang-kurangnya ada stand atau kawasan yang boleh untuk anak-anak bermain atau berteduh. Memandangkan pada hari Sabtu lepas, dia main bola di Setia Alam. Katanya di situ memang sesuai kami ikut sekali. Bila enZaf kata boleh ikut sama dengan dia seronoklah anak-anak. On the way nak ke sana, cuaca hujan pula tapi tidaklah lebat sangat. Dah sampai hujan masih renyai dan ai minta anak-anak duduk di dalam kereta dahulu. Hanya Daddy dorang sahaja yang keluar sebab nak main bola walaupun cuaca hujan. Masa menunggu di dalam kereta tu, punya lah gelisah anak-anak ini terutamanya Ariq. Dia tak berhenti-henti bertanya bila boleh keluar dari kereta huhuhu... Sabar sajalah melayan dia. Selepas 15 minit masih hujan lagi tapi hujannya hanya rintik-rintik, terus ai ajak anak-anak ni keluar kereta. Nama tempat enZaf main bola ini ialah Ardence Labs. Cantik tempatnya, selain dari padang bola terdapat pelbagai kedai makan dan groceries shop. Ianya juga ada taman tasik yang dikelilingi dengan trek untuk kita berjalan, berjoging atau bermain basikal. Memang tempat beriadah seisi sekeluarga gitu. Sila la tengok website [link]rupa kawasan tu :)



Walaupun masih hujan rintik-rintik lagi pada masa ini, anak-anak ai dah tak peduli. Mereka redah juga ke sana sini. Mujur tak demam dorang ni, paling risau si Qaireen. Dia paling seronok sekali dapat main hujan sama :) Alang-alang dah berhujan tu, ai pun ambil peluang bergambar. Cantik kawasan ni, warnanya terang.



Arca apa ai kurang pasti, orang berseni sahaja memahaminya hehehe...



Senang hati Qaireen ya dapat kena hujan. Seronok dia. Dapat botol air dia diamlah, umpan tak bagi keluar dari stroller hahaha..



Tengah berjalan-jalan tu ai ternampak ada beberapa lukisan di lantai. Apa ya panggil lukisan macam ini, 3D art painting la kot kan. Suka hati saja main hentam :p



Memandangkan anak-anak ini semua mood tengah baik, apa sahaja ai suruh buat atau posing mereka semua ini layan kan saja. Cuba semuanya moody, memang nak ajak berjalan pun tak nak, apa ntah lagi nak bergambarkan.



Hujan masih tak berhenti lagi, semua tempat kami dah pusing. Terus ai ajak anak-anak masuk ke dalam Jaya Grocer. Satu-satunya grocery shop yang ada. Bagi chance kat anak-anak pilih makanan dan minuman yang dorang nak. Sebaik keluar dari Jaya Grocer, hujan pun dah berhenti. Alhamdulillah. Terus lah kami menuju ke arah padang bola pula. Dalam masa nak ke sana tu, sempat lagi bergambar.



Banyak tempat cantik, macam rugi tak bergambarkan.



Sebelum tu kacau Daddy main bola. Untung lah orang tu walaupun dah berumur 40 tahun lebih tapi masih bertenaga lagi nak main bola. Bukannya apa, ramai juga kawan-kawannya yang dah retired disebabkan masalah lutut. enZaf cakap lutut dah longgar haha...



Sementara Daddy dorang main bola, anak-anak ini sebenarnya dah rancang dengan aktiviti masing-masing dari rumah lagi. Akak Zahra dan Aliah nak bermain badminton. Dah siapkan raket dan bulu tangkis masuk dalam kereta, Mummy pun tak perasan. Pandai korang ni ya.



Ariq pula memang main bola (anak panah). Entah dengan siapa dia dapat geng ajak bermain. Patutlah semuanya gelisah sahaja masa duduk dalam kereta. Masing-masing tak sabar nak main rupanya. Qaireen dan ai sahaja hanya duduk menikmati makanan sambil lihat orang main sana sini :p Sebelum balik dan keluar dari Eco Ardence ini sempat lah ai ajak bergambar di tepi tasik. Anak-anak dah berpeluh macam apa semuanya.



Menarik juga tempat beriadah di sini. Oh! kat sini ada juga perkhidmatan menyewa basikal. Berbasikal mengelilingi tasik, tengah tasik ada air pancut. Boleh tahan ramai juga orang datang melepak disini. Masa tengah berjalan tiba-tiba ternampak satu motor polis sedang berhenti di tepi jalan. Ariq minta ai untuk ambil gambar dengan motor polis. Tak pasti pula kenapa mulut dia muncung tu, macam kena paksa pula padahal dia yang nak bergambar haha.. Thank you abam polis melayan Ariq bergambar sekejap.



enZaf ajak singgah kedai mamak penat katanya nak berehat sekejap. Alang-alang itu kami makan malam terus. Bawah ini ada beberapa video ai ambil, simpan dalam blog sebagai kenangan.









No comments: