Alhamdulillah, akhirnya menjadi juga holiday trip dengan kawan-kawan OSI ðĨ°. Walaupun ada sedikit huru hara, eh! banyak huru hara sebenarnya hahahah.... Pada mulanya masa tarikh nak dekat trip, tiba-tiba ai tarik diri last minutes sebabnya enZaf ada kerja yang tak boleh dielakkan. Clash dengan hari ai nak bercuti. Pergi trip ni pun ai hanya bawa Qaireen je, jadinya anak-anak yang lain nak minta enZaf tengokkan. Bila dah clash tu, kawan-kawan pun suggest pergi makan sajalah. Bila kami semua setuju untuk makan-makan tiba-tiba enZaf kata dia tak jadi pula kerjanya itu. Dia postponed kan kerjanya demi isterinya nak bercuti hahaha.. banyak pula tiba-tiba itu kan ð
. Terima kasih enZaf! Maka dengan itu trip kami nak pergi holiday bersambung semula ðĪĢ.
Bunyi macam lama sangat holiday tu kan, padahal satu malam saja pun. Tempat kami pergi ini pun di Melaka. Hampir dengan sempadan Negeri Sembilan. Jadi tidaklah jauh sangatkan hehehe.. Kami semua berkumpul di rumah Elin dalam pukul 11 pagi. Tak gerak awal sangat sebab masing-masing kena uruskan hal rumah, almaklumlah ai nak kena tinggalkan tiga orang lagi tu. Elin pun ada urusan sikit. Dalam pukul 12 lebih juga lah kami mula bertolak. Singgah makan tengahari di Sabak Salai, dekat saja restorannya dari Exit Pedas Linggi.
Nama kedai pun salai haruslah makan makanan orang Nogori. Semuanya lauk lemak cili api. Meletop-letop pedasnya tapi sedap.
Kata Nowwa lauk Itik Salainya paling sedap tapi ai tak makan itik. Ada juga rasa nak mencuba tapi tak boleh. Terasa kembang tekak ini. Ai makan daging salai. Sedap ya dagingnya lembut sungguh. Masuk mulut tu cair memang sedap.
Risau juga makan pedas-pedas ini, almaklumlah Qaireen menyusu badan. Apa yang ai makan masuk ke dia juga kan. Selesai makan kami sambung semula perjalanan ke Melaka. Nama tempat kami tidur ini Umang-umang Chalet.
Elin ambil bilik yang ada satu katil saiz King dan satu katil saiz Single. Nak ambil bilik yang ada dua katil saiz King tapi dah penuh. Mujur Nowwa dan Anis okay tidur di bawah. Kira yang bujang mana-mana pun tak ada masalah ehehe.. Harga bilik kami ialah RM160.
Seronok ya Qaireen pergi bercuti lagi. Sebenarnya ini dah masuk tiga minggu berturut kami bercuti. Sebelum ini di Port Dickson dan Kuantan tapi ai tak buat entry lagi huhuhu...
Chalet kami betul-betul bersebelahan dengan pantai. Best betul dengar deruan ombak. Hilang juga rasa stress dan kepenatan. Waktu ini dah petang dan air laut surut.
Bawa Qaireen nak bergambar tapi mood dia tak berapa nak okay. Penat dalam perjalanan agaknya dengan cuaca pun agak panas.
Malam kami keluar dinner di kedai tomyam yang berdekatan dengan chalet. Tak berapa ingat nama kedai ini, lebih kurang Seh Seafood macam itulah bunyinya hahahah..... Tak ambil gambar masa kami tengah makan, dah kepenatan. Tangan tak larat nak keluarkan handphone. Selesai makan kami terus balik chalet. Dalam chalet kami berborak sampai masing-masing tertidur ð Bangun pagi ai terus keluar dan tengok air pasang sudah. Kalau ada Zahra, Aliah dan Ariq ni pasti laju berlari ke pantai. Aishhh baru satu malam dah rindu kat dorang.
Anis dan Nowwa awal pagi dah keluar mencari breakfast. Orang bujang katakan, kami ni semua ada "handbag" hahaha... Tinggallah ai, Nani dan Elin di chalet sebab anak-anak masih tidur. Kami tunggu dua orang bujang tu sajalah bawa balik sarapan. Lepas tu terus bersiap packing nak balik. Sebelum check-out haruslah bergambar dulu di kawasan chalet ini. Cantik juga pantai di sini, bersih. Ada buai lagi. Nasib baik ada babykan, kalau tak mahu dapat anak raja hahahaha... perasan sungguh, suara sumbang ada hati nak anak raja ðĪŠ
Sementara tunggu yang lain bersiap. Bergambar lah berdua dengan Qaireen. Thank you Nowwa ambilkan gambar. Jadi photographer kejap, bila ai nak ambilkan gambar Nowwa dia tak nak pula.
Dah bergambar sana sini, barulah Nani dan Adraa sampai.
Lama juga kami menunggu Elin dan Anis ni bersiap. Sampai je Elin, ai tengah nak naik buai lain pula. Kat pantai ini ada dua buai orang chalet pasang. Punya la gigih nak naik jugakan. Boleh tahan tinggi juga buai tu, terpaksa minta bantuan kawan pegangkan hahaha... Kalau tak pegang tu mahu tergolek. Tak pasal-pasal macam nangka busuk jatuh pula ð.
Setelah mendapat bantuan naik atas buaian, akhirnya berjaya jua.. Yey!!! ðð
Tempat ai bergambar ini semua atas arahan Nowwa. Habis semua dia suruh ai posing sana sini hahaha.. photographer la katakan ðļ. Bila dia suruh ai pun menurutkan saja. Seronok apa bila ada orang nak ambil gambar kita hihihi..
Bergambar bersama mama Lin dan baby Harraz, ibu Nani dan princess Adraa. Masing-masing dengan "handbag". Alhamdulillah semuanya tak meragam dan tiada gangguan pelik. Adraa tu paling gembira, banyak kali dia tanyakan abang Ariq hehehe.. insyaAllah kalau kita keluar lagi Mummy bawa abang Ariq ya.
Gambar di bawah ini ai tak sedar pun masa bila Nowwa snap. Suka gambar ini sebab nampak kaki kurus hahaha.. kaki je la, tang lain tak kurus ðŽ
Bergambar dengan semua kesayangan. Yey!!! suka kuasa sepuloh.
Wefie pula.
Masa ini Qaireen dah tidur, cuaca best dengan tiupan angin laut itu yang sedap tidur.
Review ai tentang Umang-umang ini, not bad lah. Sesuai dengan harganya. Bila harganya murah kita tidak lah boleh letak high expectation. Untuk tv pula channelnya sekejap ada sekejap hilang hahaha.. sebab pakai internet kan. Bilik airnya tiada water heater. Kalau nak mandi dengan air panas, boleh la jerang air dulu dalam kettle. Ada semut dan nyamuk itu biasa, pandai-pandailah kibas dulu. Mujurlah kawan-kawan jenis tak cerewet. Tapi kalau korang jenis fussy, lebih baik cari tempat lain. Gitu hehehe.. Sebelum balik rumah kami singgah Nilai untuk lunch.
Cendolnya memang terbaik ya. Serba serbi cukup rasa. enZaf adalah peminat cendol, harus bawa dia cuba makan di sini.
Masa nak balik ni, ada ujian dan dugaan sedikit. Tiba-tiba aircond kereta Elin tidak sejuk. Ada lah dalam dua tiga kali terjadi sepanjang perjalanan. Tengah aircond problem tiba-tiba Elin sakit perut dan cirit-birit pula. Mungkin disebabkan makan lemak cili api kot. Katanya dalam pukul 4 pagi dia dah cirit tapi tak beritahu kami huhuhu... Ai pula dah sampai rumah baru terasa sakit perut. Cirit juga tapi sekali saja.
Alhamdulillah keseluruhan perjalanan kami dipermudahkan ðĪē. Adalah here and there sikit tapi kami selamat pergi dan balik. Walaupun bercuti ini satu malam tetapi amat bermakna bagi ai. Memori tu lebih berhargakan. Adalah penat dan sakit badan disebabkan bawa baby tapi itu bukanlah penghalang hehehe.. InsyaAllah ada rezeki dapat bercuti lagi bersama dengan kawan-kawanku ini. Terima kasih enZaf, izinkan isterimu ini bercuti dengan kawan-kawan dan tolong jagakan tiga org anak lagi di rumah ð.
Oh! hari ini hari mengundi untuk negara tercinta kita Malaysia sempena PRU14. Selamat menjalankan tanggungjawab anda ð

No comments:
Post a Comment