Tuesday, February 26, 2019

Ke Sekolah > OU > Birthday Party


Sabtu pagi yg lepas pergi sekolah anak2.
Ada mesyuarat PIBG.
Tahun lepas tak pergi,
tak ingat plak sbb apa..
samaada ada hal ataupun dah dalam pantang hehe



Sempat Aliah ambil gambar kami.



Abang Ariq duduk diam sbb
tengah makan bihun goreng.
Lepas makan terus keluar main,
dgn sapa2 ntah dapat plak kawan tu.



Zahra Aliah pun dah hilang
dengan kawan masing2.

Masa tengah mesyuarat,
Qaireen badan panas..
dan dia pun mula meragam.
Tak dapat nak tunggu sampai habis,
terus kami keluar.
Dengan cuaca pun panas walaupun pagi.
Berpeluh ai kat sekolah tu :)

Beli cool fever,
lepas tu lunch sbb anak2 dah lapar.
Makan kat Restoran Ayam Kampung.

Qaireen walaupun demam,
tp makan tetap makan hihi



Lepas makan kami terus ke OU,
dah janji ngan anak2 nak pergi
beli hadiah kawan dia
ada birthday party petangnya.
Singgah beli kat Kaison.

Sempat ambil gambar gelang baru :)



Gambar dpt dari whatsapp mak Aqilah.
Zahra, Aliah & Ariq pergi sendiri.
Rumah kawan tu blok sebelah je.
Pesan balik sebelum pukul 7.



Happy Birthday Aqilah!
Moga jadi anak yg solehah.

No comments: