Friday, January 25, 2019

Swimming & Makan


Saat yang dinantikan oleh anak-anak, bila tidur hotel semestinya lah mereka-mereka ini nak mandi di swimming pool. Padahal kat rumah ada saja swimming pool tapi tak ada beria nak mandi pun. Agak jauh juga nak berjalan dari bilik nak ke kawasan swimming pool.



Untuk Qaireen ini adalah pertama kali dia nak mandi di dalam pool. Ai pun tak pernah bawa dia mandi swimming pool di rumah hehe.. Bukan malas tapi tak cukup tangan. Kalau semua mandi macamana ai nak tengok semuanya. Takut-takut huru hara tak boleh nak handle. Dorang ini semua pun bukannya pandai berenang sangat. Dari jadi perkara tak elok baiklah kita elakkan. Berbalik pada Qaireen, pada mulanya dia hanya tengok sahaja kakak-kakak dan abang dia mandi.



Bila ai bawa Qaireen masuk ke dalam air, dia duduk diam sahaja sekadar rendam kaki main-main manja gitu hehehe.. Takut agaknya. Dah lama sedikit baru lah dia berani nak bermain dengan air. Terlebih berani sampai dia masukkan kepalanya dalam air. Ai pula yang terkejut takut dia lemas tersedut air huhu.. Lepas dia buat macam tu siap gelak lagi seronok. Sabar je lah.



Lama juga ai melayan dia mandi, dah seronokkan. Lepas tu ai pass pada Daddy dia pula. Sebabnya ai nak swimming hihi... Pool untuk dewasa ada disebelah pool kanak-kanak ni je.



Tak banyak gambar ai ambil. Kami semua mandi. Oh! ada sedikit rakaman video ai ambil untuk disimpan sebagai kenangan.







Lepas waktu Maghrib kami keluar makan malam pula. Pergi dekat-dekat sahaja di area Iskandar. Nak pergi ke town jauh sangat, Forest City ni agak terpencil juga tempatnya. Nak masuk ke kawasan ini pun lalu hutan, macam hutan paya bakau pun ada huhu.. Jadinya kami pergi tempat yang berdekatan sahaja.



Di kawasan itu ada food court dan pelbagai jenis makanan ada dijual. Not bad juga sebab banyak pilihan.



Kami memilih makan Nasi Briyani. enZaf beli Nasi Briyani Ayam, Daging dan Kambing, Ha semua dia order :) Lapar sangat tu, penat masing-masing swimming ye :p Sedap dan murah sahaja dalam RM10 satu kalau ai tak silap.



Kakak Zahra amilkan gambar kami berdua. Thank you kakak!



Qaireen awal-awal lagi dah tidur dalam kereta. Kepenatan mandi agaknya, tak tahu lah berapa gelen air telan duk rendam kepala dalam air hehe..



Selesai makan kami singgah ke Mydin. Bersebelahan sahaja dengan food court ni. Membeli jajan dan apa sahaja makanan untuk kami. Bermula esok enZaf sibuk main Golf pagi petang :)




No comments: