Sunday, January 20, 2019

Pasang Touch 'n Go RFID


Hari Selasa lepas ikut enZaf
pasang Touch 'n Go RFID.
Appointment sebelum pukul 5 petang.
Dalam pukul 3 lebih kami sampai.



Pagi tu dia ada golf.
Perut tu nak pergi mana yang oi..
nampaknya kita sama2 buncit la yer hihi



Pasang RFID ni ada 2 tempat,
boleh pilih pasang kat lampu ataupun cermin.
enZaf pilih cermin.
Dan rupanya lekat tu kat luar
bukan dalam.

RFID yang putih panjang.



Buat ni kat Shell Kota Damansara.
Tulis Fitment Center.



Tapi sebelum nak pergi tu
kena la register dulu kat website.
Dah register baru dapat email,
tarikh dan tempat kita nak pergi
dan bawa sekali dokumen yang diperlukan.
So jangan main redah je.

EnZaf register masa bulan 12 tahun lepas.
Ikutkan sapa yg register tahun lepas
pemasangan percuma,
tp tak tau sapa register tahun ni
dah kena caj atau belum.
Kalau ada tak sure plak harganya.

Pada yg blom buat,
boleh la pergi TouchnGo website
kat link ni
Situ ada details dan bole la baca
tuk lebih paham hehe

Pasang RFID ni sekejap je.
Dah siap kami terus ke Curve,
minum petang :)



Gembira ye sikecik tu dpt keluar.
Dah ada 2 gigi bawah.

No comments: