Tuesday, January 8, 2019

Driving Range Pada Cuti Sekolah


Godek punya godek gambar baru perasan ada gambar dari tahun 2017 yang tidak dimasukkan dalam blog lagi. Gambar ini adalah aktiviti pada cuti sekolah 2 tahun yang lepas, ya ampun punyalah lama hehehe... letak sikit tarikhnya iaitu 17hb Disember 2017 :) Masa ini anak-anak baru pertama kali belajar bermain pukul bola golf di driving range. Siapa lagi kalau bukan Daddy dorang yang mengajarkan. Gigih juga lah enZaf ni membeli kayu golf untuk dorang tapi 2 batang sajalah Zahra dan Aliah. Ariq kecil lagi, kalau nak main juga pinjam sajalah kayu kakaknya. Nak belikan untuk dia kayu lagi tinggi dari orang hehehe..

Ai hanya ambil gambar dorang sambil menikmati makanan yang diorder :p. Tiba-tiba rasa bahagia hahaha.. buat alasan berbadan dua perlu makan banyak :p Gambar di bawah Daddy tengah mengajar teknik pukulan. Kalau tak betul pukulan tu sampai sudah tak kena bola, tak pun akan sakit pinggang. Gitulah apa yang ai dengar dia cakap :p



Baru beberapa minit anak-anak ini belajar teknik pukulan, dah masing-masing bising bila nak pukul bola pula hahaha.. tak sabar dah dorang ni. Pening coach :)



Daddy dah puas hati baru lah dia bagi anak-anak ni bola. Terus ceria muka masing-masing.



Bila dah tengok kakak-kakaknya main, Ariq pun nak pukul juga. Itu pun dia bising kenapa turn dia sikit je bola Daddy bagi hahahaha adohai. Sorang lagi perangai, kalau ada coach ni dia minta berhenti tak tahan cerewet :p



Video Zahra Aliah praktis.



Video bawah ini Ariq pukul.



Cuti sekolah baru ni iaitu tahun lepas, kami tak sempat bawa anak-anak driving range. Daddy dorang sibuk sangat huhu... anak-anak dah bertanya, seronok agaknya. Tapi tak mengapa, kita usaha buat aktiviti lain sementara menunggu Daddy dorang bawa ke driving range.

No comments: