Wednesday, January 16, 2019

Minggu Pertama Sekolah Selesai


Hari ke-3 iaitu hari Jumaat,
baru dapat ambil gambar ke tiga-tiga anak
berpakaian sekolah.
Itu pun kat rumah sbb
Zahra baru balik
dan Ariq Aliah nak pergi sekolah.



Oh yer, akak Zahra jadi Pengawas Sekolah.
Tahun lepas sebelum cuti,
cikgu ada bagi surat yg dia dapat
lantikan jadi Pengawas Sekolah.

MasyaAllah tak sangka sangat okay.
Rupanya dalam dia tak dpt naik stage
tuk Majlis Anugerah tahun lepas,
rupanya Allah nak bagi yang ni.
Zahra dah lama teringin nak jadi pengawas
ni sejak dia Tahun 2 lagi okay.
Upgrade dia dari Pengawas Pusat Sumber
ke Pengawas Sekolah.
Tahniah akak Zahra!!
Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik
dan peperiksaan pun kena baik juga.
Kriterianya tak boleh ada C nanti kena lucut hehe

Lepas solat Zuhur,
ai ajak Zahra gi Giant.
Nak beli barang.
Sebelum tu singgah Chicken Rice Shop.
Lama anak dara ni tak makan situ.



Masuk Giant nak beli panty liner,
dari satu barang je nak beli
jadi banyak plak haha



Try beli koko crunch baru tu
Maxx.. sedap plak.
Nanti beli lagi.

Ni gambar pagi Jumaat tu,
Qaireen memang ai akan umpan dia makan biskut,
sementara ai masak tuk lunch.
Kalau tak buat camtu,
mmg keje nak berkepit je.



Bersedia la tgk sepah dan comotnya.
Memang akan buat byk keje tp
tahan je la..
kalau tak satu keje apa pun tak buat.
Lepas setel masak,
bagi anak2 makan dan Qaireen mandi plak.
Waktu pagi sampai tengahari tu
mmg waktu yg busy huru hara semua cukup haha
Campur lagi sibuk dgn
nak balut buku teks
buku aktiviti bagai.


Alhamdulillah
habis dah minggu pertama sekolah.
Harapan ai dan pasti semua ibu pun sama,
semoga anak2 berjaya dalam pelajaran
dan apa jua bidang yg diceburi.
InsyaAllah.

No comments: