Sunday, January 27, 2019

Ke Forest City Mall


Sambungan dari entry semalam. Pada mulanya masa enZaf main Golf, ai dan anak-anak sekadar berehat di dalam bilik sahaja. Tiba-tiba Sue Whatsapp ajak keluar berjalan. Golf trip kali ini dapat bercuti bersama dengan Sue lagi. Kali terakhir kami bercuti bersama masa di Kuantan, tak silap ai pada tahun 2016 [link]. Dah lama rupanya tak ada Golf trip hehe..

Di Forest City ini ada 2 hotel iaitu Golf Resort yang kami bermalam ini dan satu lagi Phoenix. Di Phoenix ini ada mall tapi mallnya tidak lah besar mana. Sekadar nak lepak makan-makan itu okaylah. Untuk shopping tiada yang menarik bagi ai. Oh nak beli cokelat okay sebab kawasan Forest City ini area bebas cukai.



Sambil jalan-jalan dalam mall ini kami ambil lah gambar sedikit :) Ya ampun tengok gambar atas tu, fokus pada kaki Qaireen. Bukan main satu kaki tu letak atas bar. Lagak gengster ke tu huhu..



Kami ke sini waktu Hari Krismas jadinya penuh deko krismas sana sini. Ambil gambar anak-anak ai dengan Sue. Bila tengok gambar tu nampak Qaireen bukan main menyenget nak menegur orang sebelah. Ajak bersembang ke tu, orang tu pun tak layan pun hihihi...



Gambar kami beramai-ramai. Tak ingat pula siapa yang ambilkan gambar ni hahah.. mungkin orang yang lalu lalang kat situ menjadi mangsa :p



Macam lama tak bergambar seorang diri. Sue la ni suruh ai bergambar. Paksa rela gitu :p Agak kekok bila nak bergambar sorang. Selalunya dengan anak-anak. Sampai tak tahu nak posing macamana haha..



Oh ya, dari hotel kami nak ke mall ini ada disediakan shuttle van. Tapi ada waktu yang perlu diikut untuk pergi dan balik. Masa yang diperuntukkan pun dalam 2 jam setengah ketika di kawasan Phoenix ini. Dalam waktu itu kami singgah Restoran Papa Rich untuk makan petang. Waktu makan tak sempat pula nak bergambar, masing-masing huru hara dengan anak-anak. Nak order pun bukan main lama kami decide haha.. kecoh riuh sungguh risau je mengganggu orang lain. Mak-mak nak bergosip pun payah :p


Balik dari mall , kami sambung lepak lagi di lobi hotel pula. Apa nak buat sambung borak lagi lah sebab laki masing-masing pun belum habis Golf. Anak-anak pula ai biarkan mereka bermain dan berlari area lobi dengan jayanya haha... Lama sikit anak-anak ini ajak mandi swimming pool pula. Gigih lah ai bawa dorang ni mandi. Sebab pool tak dalam lah ai berani bawa. Kalau tak duduk lah dalam bilik je :p Tak ada gambar, sama je macam entry sebelum ni :p

No comments: