Dua hari lagi anak-anak dah nak mula alam persekolahan. Hari semakin suntuk ini lah baru kami nak membeli beg sekolah untuk Ariq. Sebelum ini kami ada cari beg sekolahnya tapi kebanyakkan Ariq tak berkenan. Boleh tahan cerewet juga anak bujang sorang ini. Ikut perangai siapa la tu kan :p Pada mulanya enZaf nak belikan dia beg di Smiggle. Bila Daddy dia pilih dan tunjuk dia tak nak pula. Yang dia nak tu bukan pilihan Daddy. Dia nak beg yang beroda. Daddy dia bukan tak nak bagi beli beg yang beroda, masalahnya beg yang jenis macam tu saiznya besar sangat untuk badannya. Disebabkan Ariq tak berkenan beg yang ada di situ, niat Daddynya nak membeli kat Smiggle dibatalkan.
Dari butik Smiggle kami ke Metrojaya pula. Ada satu beg yang Ariq berkenaan, ada gambar Star Wars tetapi Daddy dia pula yang tak berkenan. Arghh.. sudah! nak bagi dua-dua pula berkenan dan puas hati. Boleh dikatakan banyak beg sekolah dan kedai juga kami masuk tetapi semuanya tak dapat apa yang nak. Ai pula jenis yang tak kisah asalkan Ariq suka ai okay sahaja. Akhirnya kami masuk dalam Aeon. Dalam tu ada banyak pilihan beg sekolah. Sampai Ariq rambang mata hahaha.. Mula-mula dia pilih Spiderman, nampak beg Hotwheels nak yang itu pula. Dia tetap dengan pilihannya nak beg beroda. Akhirnya Daddy dia akur dengan kehendaknya hahaha... Ariq menang :) Dalam misi mencari beg sekolah Ariq tu, yang lain turut tumpang nak membeli barang juga. Sempat selit sama. Akak Zahra gigih cuba pakai macam-macam design beg sekolah walaupun beg sekolah dia yang ada masih elok lagi.
Daddynya kalau anak sulong dia tu memang lembut hati sikit. Cepat je dia bagi green light dengan akak Zahra suruh pilih yang mana dia berkenan. Bukanlah pilih kasih, Zahra ni seorang yang tidak pandai meminta. Kalau dia berkenan apa-apa dia banyak berdiam dan jarang minta kami belikan. Cuma kita sebagai naluri seorang ibu, faham dia suka dan minat sesuatu tu. Kalau akak Zahra bersuara minta nak barang tu terus Daddy dia okay sahaja. Itu pun bergantung juga dengan apa yang dia minta dan bajet juga la hehehe.. :)
Selesai beli beg sekolah Ariq dan barang anak-anak yang lain terus kami balik rumah. Ai pun terus keluarkan dari plastic bag untuk bergambar hihihi.. Gambar di bawah adalah beg sekolah pilihan Ariq. Yang ada gambar Spiderman itu ialah beg duit dia.
Daddy dia cakap, jimat banyak beli beg sekolah Ariq ini sebab nilainya bawah dari RM100. Kalau beli beg Smiggle tu dah pastinya mencecah seratus lebih. Itu yang bila dah beli barang yang harganya rendah dari bajet yang dirancang dapatlah membeli barang lain-lain lagi. Akak Zahra dapat juga beli beg sekolah baru. Kali ini dia pilih warna hitam.
Dua barang lagi pencil case dan beg duit pilihan Aliah. Pencil case tu dia minat sebab ada unicorn. Alhamdulillah selesai sudah shopping. Semua orang happy dengan pilihan masing-masing dan penting semua dapat. Tiada siapa nak kecil hati ada yang dapat ada yang tak dapat ehehe..

No comments:
Post a Comment