Sunday, January 13, 2019

Hari Pertama Persekolahan 2019


Tahun 2019 tahun yg dinantikan.
Sebabnya tahun ni satu2nya anak bujang
Ariq dah masuk Tahun 1.
Pelbagai perasaan ai rasa ada dlm satu masa,
gembira, sebak macam tak percaya okay.

Akak Zahra ai tak sempat nak amik gambar
dia waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Daddy dia yg uruskan.

Tengahari baru ai uruskan Aliah & Ariq.
Biasala hari pertama sekolah,
keadaan jalan huru hara,
semua makpak nak hantar anak2.
Jem nak masuk sekolah huhuhu



Sempat lagi ai suh dorang stop jap
nak ambil gambar.
Padahal dah lambat, bunyi loceng sudah :p



Dah alang2 lambat,
laju2 ai suruh dorang bergambar dengan Daddy.
Qaireen taknak pandang camera,
sibuk tgk kakak Aliah tu.



Beratur ikut kelas masing,
sambil dengar cikgu berucap.



Berbaris nak masuk kelas.
Abang Ariq mcm biasa la paling kecil.



Time ni ai tak sempat nak
amik gambar Aliah berbaris.
Tengok dia dari jauh je,
pastu terus masuk kelas.

Sementara menuggu Ariq masuk kelas tu,
jumpa la akak Zahra dah habis sesi pagi.



Harusla ambil gambar ngan Daddy dia.
Qaireen sibuk nak rampas spek Zahra
tetap taknak tgk camera huhu



Masa ambil gambar ngan Mummy
ai suruh dia tanggalkan spek tu.
Itu pun tak pandang jugak haha



Gambar ni akak Zahra ambilkan.
Ai dan enZaf tunggu kat bawah je la.
Malas nak naik.



Setel dah dia masuk kelas.
Terus kami balik.
Sebelum tu kami pergi lunch.
Balik rumah Zuhur, pukul 3 lebih
keluar balik.
Nak jenguk Aliah & Ariq waktu rehat plak.

Sementara menunggu dorang keluar,
amik gambar seketul dua ni :p
Qaireen baru tumbuh gigi satu.
Lambat sket dia nih.



3 beradik.
Akak Zahra pun sibuk makan juga.



Pastu kawan2 Aliah datang.



Masa hantar dorang, ai tak sempat nak amik gambar.
Dapat la juga satu time rehat.



On the way nak ke kelas,
ntah apa cakap ngan ai..
lupa haha



Ambil gambar lagi masa balik.



Ariq tu mintak ai beli makanan ape kat motor.
Ai tak bagi..lagipun tak bawak duit.
Sedih la tak dpt membeli ppfftt

Tahun ni anak2 pergi sekolah ngan van.
Ikutkan ai hantar tp enZaf cakap,
taknak ai kelam kabut dgn Qaireen lagi.
Thank you Yang.

Tapi hari pertama ni kami hantar anak2.
Hari ke-2 baru dorang semua naik van.
Ariq mmg awal2 lagi cakap nak naik van,
taknak Mummy hantar.
Hampeh betul.

Mummy okay je,
atleast bila dorang naik van,
nak masak takde la kelam kabut sgt.
Kalau tak mcm sblm ni
terkejar2 dgn nak hantar lg.
Keluar masuk rumah 6 kali rasa nak pitam.

Alhamdulillah hari pertama,
berjalan dengan lancarnya.
Tanya Ariq pun dia seronok nak ke sekolah.
Itu yang penting.

No comments: