Thursday, October 8, 2020

Projek Sains: Bahan Buangan Tahun 6


Baru perasan ai terlupa nak buatkan satu entry berkenaan projek Sains akak Zahra dalam blog ni. Projek ini merupakan projek semasa kita tengah PKP. Kaedahnya sama dengan projek Sains dia yang pertama [link] Perlu buat video dan hantar melalui Goggle Classroom (GC). Eh tiba-tiba rindu kat GC hehe Masa PKP tu, hari-hari buka GC kan. Sampai ai pun naik pening sebab kena monitor 3-3 orang ni punya homework. Belum lagi masuk online class, terkejar sana sini hahaha

Eh berbalik kepada cerita asal. Tempoh untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh cikgunya ini adalah seminggu. Projek kali ini berkenaan kitar semula bahan buangan. Konsep dan apa yang dia nak buat memang ai serahkan pada akak Zahra 100%. Dia cuma beritahu ai apa bahan-bahan yang dia perlukan, itu saja. Oh ya, yang tukang rekod ni dah tentulah ai sebab takde orang lain boleh tolong haha. Bab edit seperti biasa akak Zahra yang buat sendiri. Inilah hasil videonya.



akak Zahra pilih buat pasu bunga menggunakan botol air plastik. Bahan-bahan semua memang dah ada kat rumah. Bunga tu pun. Recycled jugakan mana yang ada. Mudah hehe



Ai tak ambil pula gambar sebelum nak mulakan video. Masa tu kalau tak silap tengah huru hara nak pastikan Qaireen tak buat bising dan kacau apabila kami tengah rakam video huhuhu Yang ai tahu nak cepat selesai je. Apa pun ai bangga dengan hasil projek sainsnya. Tengok pada keputusan yang cikgu Sainsnya beri markah tu pun akak Zahra tersenyum lebar. Tahniah akak Zahra! Oh ye, masa Zahra buat projek ni, Aliah pun join buat sama. Dia pun ada juga pasu bunga tapi saiznya kecil sedikit, ai tak ambil gambar pula. Dia dah bawa simpan dalam bilik tidurnya :)

Wednesday, October 7, 2020

Singgah Kemaman dan R&R Temerloh


On the way balik dari Marang, enZaf ajak singgah Kemaman dulu. Kita makan petang katanya, kalau dah ke Kemaman tak sah la tak singgah Warung Che Wan. Tapi sayang sampai-sampai kami kat sana kedainya tutup pula huhuhu Sedih tiba-tiba. Bila Che Wan tutup kami pun pergi ke Warung Aziz Satar. Tak tahu pula tempat asal Warung Aziz Satar tu tutup, rupa-rupanya dah buat kedai baru. Lagi cantik, bersih dan besar. Dari jauh boleh nampak kedainya sebab warna kuning :) Dan dah banyak nampak cawangan kedainya kat area situ. Alhamdulillah seronok tengok orang kita berniaga semakin maju, semoga berterusan hendaknya. Terubat rindu makan sata sedap, masa kat Marang tak dapat sata sedap hihi



Nasi ayam tu untuk Ariq dan Qaireen, share berdua. Mee tu ai tak ingat pula namanya. Untuk tekak ai biasa-biasa saja. Banyak sangat rasa black pepper tu buat ai kurang makan.



Last sekali order pulut mangga. Sayangnya pulut mangga ni kurang sedap kat tekak ai. Warna mangga tu dah menarik orennya tapi tu la tak manis. Kuah santan tu pun cair tak berapa pekat. Sedikit frust juga.



Lupa nak ambil sekeliling kedainya. Besar betul, selesa dan tak berapa panas. Qaireen ni dah makan dia main berlari pula dalam kedai. Nasib baik tak ramai orang huhu



Ambil gambar Aliah yang sunburn tu. Nak bandingkan dengan yang lain, dia sorang paling ketara. Muka tangan merah-merah terbakar hihi Yang kelakarnya dia pakai selipar Daddy yang besar tu haha Daddy dia nak beli selipar baru masa kat Marang tu dia taknak. Katanya nak beli kat tempat sama juga ganti selipar dia yang hilang tu.



Malu-malu dia bila Mummy ambil gambar dia dengan selipar besar tu. Mujur la Daddy dia memang simpan selipar dalam kereta. Selipar tu dia guna untuk pergi solat kat masjid :) Sebelum keluar, sempat la bungkuskan lagi sata yang dah dibakar untuk dibawa balik dan beli juga sata frozen :) Masa keluar dari Kemaman, tiba-tiba Qaireen cakap "Didi!! Didi" Rupa-rupanya dia nampak patung Didi kat kedai tepi jalan. Boleh pula dia perasan. Daddy dia pun terus berhenti tepi. Demi anak bongsukan sanggup okay. Bukan main manjakan, kalau Mummy dia jangan harap haha



enZaf cakap masa kat kedai tu, dia suruh Qaireen pilih salah satu antara Didi dan Nana. Sekali budak bertuah tu nak dua-dua. Dia pegang ketat tak nak lepaskan salah satu. Dah Daddy dia beli dua-dua patung tu. Bijak sungguh la kamu nak oi. Lain kali kalau Mummy nak beli handbag nak guna trick macam Qaireen juga la hahaha Agak-agak lepas ke tak tu :p



Sepanjang perjalan kami kat highway diselang-seli dengan cuaca hujan. Lori pun agak banyak jadi tak boleh bawa kereta laju. Berhenti sebentar kat R&R Temerloh untuk solat dan makan malam pula. Masa makan malam ni ai tak ambil gambar pun. Tak larat dah nak keluarkan handphone hehe. Penat pun ye juga. Dah ada kat Temerloh mesti lah makan lauk ikan patin tempoyak :) Tengah kami makan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Lama juga kami kat dalam R&R, dalam sejam juga la tak silap nak tunggu hujan reda. Dah reda baru sambung balik perjalanan, rasanya dalam pukul 11 malam lebih kami sampai rumah. Alhamdulillah sampai dengan selamat.

Fuh tamat sudah perjalanan kami ke Terengganu. Punya la lambat update cerita sebulan yang lepas hihi.. Semoga ada rezeki lagi kami berjalan ke tempat lain pula. Itu pun bergantung kepada keadaan Covid kita sekarang ni. Semoga kita dapat turunkan kembali angka jangkitan dan menjaga SOP bila berada di luar. Selagi tiada vaksin selagi itu kita perlu biasakan diri dengan norma baharu ini.

Tuesday, October 6, 2020

Hari Terakhir di Marang


Oh sebelum tu cerita makan malam hari ke-2 kami di Marang. Kalini enZaf ajak makan kat luar. Tapi kami cari dekat-dekat dengan resort je, tak pergi jauh mana. Di Pantai Kelulut ni ada banyak juga kedai makan, dalam banyak-banyak kedai tu kami berhenti dekat Restoran Dang-Dang Dut Tomyam Seafood Catering. Best betul nama dang-dang dut tu terus gelek dangdut gitu :p Dari luar dah nampak kedai ni dari jauh sebab penuh dengan lampu neon warna-warni, menarik sungguh sampai buat kita tertarik ke situ. Pandai marketingkan.



Masa ni kami semua dah penat sangat. Tapi gigih juga keluar nak makan, perut dah lapar. Kami sampai tu mujur tak ramai orang. Ye la datang bukan pada musim cuti sekolah, yang ada makan pun ai nampak hanya orang Terengganu sendiri. Itu pun boleh tahan lama juga menunggu makanan sampai, agaknya tukang masak sorang je kot malam tu. Antara makanan yang diorder oleh enZaf, kopok leko dan kerang rebus.



Sotong celup tepung, yang ni request dari Aliah. Sedap lagi dari kami makan petang sebelum ni [link] Banyak beza rasanya pun ye lagi fresh dan rangup.



Ikan kerapu masak stim limau. Yang ini memang terbaik. Sedap sangat. Tiba-tiba teringin pula nak makan huhu



Selesai makan kami terus balik resort dan tidur. Ai ingatkan nak lepak ambil angin kat pantai, tapi tak larat sangat dah. Rasanya tak sampai 5 minit semua orang dah tidur. Tinggal enZaf sorang je tidur lambat sikit. Dia kata malam tu bulan cantik sangat, besar dan terang. Rugi ai tak tengok. Keesokkan paginya kami bangun untuk sarapan pula. Plannya nak makan Nasi Dagang Mak Nani, sampai-sampai nasi dagangnya dah habis huhu sedih. Salah kami juga sebab keluar lambat, dalam pukul 10 pagi baru sampai memang la dah takde. Yang tinggal hanya nasi lemak je, okay la dari takde. Sedap juga nasi lemaknya. enZaf pun ada ambil beberapa kuih tak ingat ai apa nama kuihnya, yang pasti sedap-sedap juga. Gambar bawah ni abang Ariq tengah tengok semut hahaha Anak bandar tengok semut pun jakun :p



Kat sekeliling luar kedai ni banyak pokok-pokok viral kat KL. Subur elok je tengok semua, kat sini biar gitu je tiada orang kisah pun. Cuba kat KL boleh buat jual ni. Geram je rasa macam nak bawa balik satu pasu hahaha.. Habis makan kami balik resort semula. Ai pun nak kemas dan packing barang. Oh enZaf ada meeting, itu pun dia kata standby kot extend satu hari lagi kalau kerjanya tak settle. Nak tambah hari ai takde masalah, lagi suka tapi masalahnya pakaian dah takde, semua dah pakai hehe Masa ni pukul 11 pagi bahang matahari pun dah terasa dan nampak cantik laut berwarna biru.



Saja ambil gambar anak-anak warna batik semalam ni. Nak letak dalam Instagram.



Berlatarbelakangkan laut gitu. Nanti nak cari frame untuk batik dorang ni dan gantung. Mesti lagi cantik.



Tengah mengemas pakaian, anak-anak ni minta last mandi laut. Oi anak tak puas-puas lagi ke.. masa tu ai dah serba salah nak bagi ke tak. Cuaca pun ya ampun panas terik tapi bila tengok muka masing-masing dah beria sangat. Ai pun bagi la mandi. Qaireen dah okay sangat dengan pantai. Suka dia, tengok la dah legam kulit. Dah boleh geng ngan Daddy sama warna sudah :p



Sampai pukul 1 lebih mandi, itu pun sebab nak balik. Tak jadi extend, enZaf dapat setel kerja dah. Ai pun okay nak balik, anak-anak takkan nak biar ponteng sekolah lama pulakan hihi Oh ada tragedi kehilangan selipar Aliah balik dari mandi laut. Entah macamana selipar dia boleh tertimbus dalam pasir. Puas ai cari tak jumpa. Masa tu pula matahari dah tegak, tak boleh nak korek sebab panas pasir tu ape ntah lagi nak cari lama-lama. Nak jadikan sebab dia bawa selipar pula ke pantai pagi tu. Sedih dia dah la selipar tu dia baru beli. Oh nanti ai buat entry selipar dia tu haha Jenuh pujuk dia. Balik KL nanti kita beli selipar baru dia.

Monday, October 5, 2020

Mandi Laut Pagi Petang


Sakan mandi laut anak-anak ni. Lepas breakfast dari Nasi Dagang Kak Jah tu terus kami balik resort. Gambar bawah ni masa mandi waktu pagi.



Buat entry ni semata nak letak video keadaan pantai kat situ. Pantainya sangat bersih dan airnya sangat jernih.



Gambar seterusnya kami sambung mandi pada waktu petang pula. Selepas kami balik dari NACC. Ingatkan dari situ kami nak pergi tengok penyu tapi tak cukup masa pula. Kalau pergi tengok penyu tu anak-anak pula tak dapat mandi laut nanti. Kesian pula sebab dorang dah beria sangat nak mandi lagi. Mummy bergambar bersama anak bongsunya :)



Anak-anak main tanam dalam pasir. Ni semua kerja Daddynya hihi



Ariq pun nak juga. Sorry akak Zahra, Mummy kena lukis pakai tudung sebabnya masa tengah mandi laut tu tudung dia tercabut haha



Sampai pukul 7 malam mandi. Memang puas sungguh rasa haritu. Kulit masing-masing pun dah gelap berkilat hihihi. Lama tak rasa bercuti mandi pantai. Lupa terus kat rumah hehe

Thursday, October 1, 2020

Noor Arfa Craft Complex (NACC)


Kami ke NACC ni tak dirancang pun. Ai teringat yang enZaf pernah cakap sebelum ke Terengganu ni dia nak beli baju batik. Kat rumah ni ada je satu helai baju batik tapi dia jarang pakai tu sebabnya besar. Zaman dulu kan pakai macam loose sikit, zaman sekarang ni je semua nak ala body fit gitu kan. Katanya takde la beli ketat macam pakai tshirt tapi kecil sikit la dari yang ada tu. Mana-mana la Yang oi, janji beli pakai..takut jadi macam yang ada ni. Beli tapi tak pakai haha Oh yang ada tu pun brand Noor Arfa. Dah alang-alang kat Terengganu ni, ai terus la cakap dengan dia apa kata pergi beli baju batik dia. enZaf terus jawab okay dan ai pun terus Google kat mana Noor Arfa Batik ni. Ada 2 tempat kalau tak silap dan ai pilih NACC sebab dah dekat dengan tempat kami makan Nasi Ayam Nurul Iman tu.

Besar juga NACC ni, dah nama pun kompleks kan. Dekat lobi, ada macam-macam jualan cenderahati. Paling menarik dekat mata ai ialah Art & Craft section iaitu mewarna batik. Terus ai ajak anak-anak pergi mewarna. Satunya berharga RM15. Ai ambil 2 saja, akak Zahra dan Aliah warna bersama, Ariq dengan Mummy. Qaireen pula Daddy dia jaga, kat lobi tu ada pula mainan yang gerak-gerak pakai duit syiling tu kan. ha..duduk situ diam-diam :p






Hasil mewarna dari Zahra dan Aliah. Suka ai tengok sebab cantik :)



Ariq punya pun cantik. Ai tolong dia 20% je, yang lebih tu dia sendiri warna.



Dah siap mewarna, kain batik tu diambil oleh staf situ untuk keringkan. Sementara menunggu kering kami masuk ke dalam kompleks nak cari baju batik. Sempat la ambil gambar Aliah sebellum masuk dalam, boleh tahan tinggi juga naik tangga tu hihihi



Dalam kompleks ni bukan jenama Noor Arfa sahaja yang ada, terdapat pelbagai jenama tempatan yang lain juga turut ditempatkan dalam kompleks ni. Jadi banyak la pilihan kita ada dengan bajet masing-masing. Lawa-lawa ai tengok semua batik kat sini. Ada yang ready-to-wear, ada kain meter, batik lepas, tudung dan macam-macam lagi.



Habis shopping kami pun gerak keluar. Eh! bunyi shopping macam banyak je, padahal beli baju batik enZaf. Ada terselit satu baju untuk ai juga :p masa nak membayar tu enZaf cakap cari baju u pula. Disebabkan ai jenis tak kisah, baju yang dibeli tu enZaf yang pilih. Apa pun thank you Yang! Bergambar bersama dengan anak-anak :)



Suka gambar love kat bawah ni, anak-anak semua pandang camera.



Memandangkan tiada orang kat situ maka kami wefie satu keluarga. Kalau ada orang lama dah muka tak malu minta tolong ambilkan gambar hihi



Sebelum nak balik ni, anak-anak nampak banyak ikan koi kat kolam. Rupanya boleh bagi ikan-ikan ni makan. Ada satu kaunter tempat letak makanan ikan, jual satu bekas berharga RM1. Daddy dorang beli 2 bekas untuk anak-anak ni bagi makan. Sementara ai tunggu dorang ni habis, sempat ai pergi booth cenderahati nak beli fridge magnet.



Oh kat sini ada juga buat mencanting batik bagi yang berminat. Kalau pandai dan berseni ai suggestkan buat itu. Lagi menarikkan cuma ai tak berkesempatan buat sebab mengejarkan masa. Untuk lebih details boleh refer pada website NACC ni [link]