Wednesday, August 26, 2026

Qaireen Merdeka



Baju Kurung Merdeka Qaireen pakai ini baju yang sama masa dia di Genius Aulad [link]. Singkat sedikit bajunya tetapi masih muat 😅. Ai hanya beli skirt merah sahaja sebab dah ketat dan singkat banyak. Selagi boleh berjimatkan. Diriku memang tak berbelanja sangat bab pakaian beragam di sekolah. Kalau ada pakai, kalau tak ada pakai baju sekolah atau pj sahaja hihi.. Mujurlah Qaireen sama macam kakak-kakak dan abangnya, sejenis tak kisah sangat 🤭.



Lepas ambil gambar di dalam rumah baru perasan terlupa pakaikan cekak. Ambil lagi sekali dalam kereta. Semoga bertahanlah cekak itu di atas kepalanya. Oh! ya, merdeka tahun lepas pakai baju yang sama juga dan baru perasan tak masukkan pun cerita tu dalam blog. Entah ada ke tidak gambar kena check dalam galeri handphone ni 📱. 



Lepas hantar Qaireen, pergi lunch dengan enZaf. Aliah balik lambat sebab ada kelas tambahan. Setiap kali kelas tambahan Biologi, cikgunya mesti hantar gambar dalam parents group. Sukalah dengan cikgu yang rajin begini. Boleh simpan buat kenangan. Tapikan geram je tengok tudung dia. Tak pernah nak pakai elok-elok. Trend budak sekarangkan, sebelah lipat sebelah lagi biar gitu je. Lipat pula setinggi yang boleh 🙄. Haish...



Masa ambil Qaireen balik dari sekolah, tanya dia ada tak masuk pertandingan pakaian merdeka. Katanya tak sebab dia tak nak naik stage hahaha.. lagi pun semua baju nak sama je kan. Tiada kelainan sangat jadi tak perlu naik stage bagai. Sabar je lah dengar apa dia cakap.

No comments: