Bawa mak pergi checkup di Klinik Kesihatan (KK) Sg. Buloh. Ai suka lagi kalau checkup di KK berbanding hospital. Sebab KK lagi cepat dan tempat kecil senang bergerak sana sini. Kalau abah selalunya checkup di Hospital Sg. Buloh (HSB). Parking pun susah sebab ramai lagi kan.
Tekanan darah mak sedikit tinggi, kata mak stress dengan abah ahhahaha.. Stress stress pun abah sentiasa teman dan bawa dia kemana-mana 🥰. Pergi checkup ni pun abah ikut. Dia mana boleh tinggalkan cinta hati dia keseorangan. Sampaikan masuk bilik doktor pun dia ikut 😆.
Eh! enZaf pun ada sama juga. Dia kalau abah atau mak nak checkup, takkan biarkan ai sorang drive. Katanya senang nak drop kalau dia ada. Kalau tak susah ai nak mencari parking. Thank you Yang! sentiasa ada bersama 💕. Alhamdulillah, selesai urusan mak di KK. Masa menunggu di farmasi saja lambat sedikit sebab ubat untuk mak tu tak ada stok pula di KK. Pergi ambil di HSB. Keluar dari KK, kami singgah makan dulu di kedai berdekatan dengan KK. Lupa pula nama kedai makan tu apa.
Esok harinya kami lunch di Nak Nak, IOI Mall Damansara sebelum hantar abang Ariq pergi training bola. Anak-anak ni semuanya suka makan di Nak Nak. Sebelum ini nampak Nak Nak di Elmina Lakeside Mall tapi tak rasa pun nak makan. Sejak buka di IOI ni barulah kami mencuba. Setakat ini dah makan empat lima kali jugalah. Kedainya tak putus customer masuk.
Lusanya teman enZaf pergi ke klinik. Telinganya sakit, terasa berdesing dan tak selesa. Buat dia sakit kepala. Ini klinik ke dua pergi, klinik mula-mula dia pergi tu sekadar bagi ubat tahan sakit.
Klinik ke dua ini ada alat scan dalam telinga. Kata doktor dalam telinganya ada air dan membengkak. Jadi dah sedut bawa keluar. Doktor bagi sekali ubat vertigo. Kena datang follow up selepas itu nak tengok keadaan dalam telinga semakin baik atau tidak. Lobi klinik ada lampu chandelier. Cantik tapi lupa nak ambil gambar ðŸ¤.

No comments:
Post a Comment