Sunday, August 9, 2026

Cerita Minggu Pertama Ogos

Hari pertama bulan Ogos, 1hb kami melawat akak Zahra. Lepas solat Maghrib baru bertolak dari rumah, akak Zahra nak jumpa malam sebab siang dia study katanya. Masuk asasi ini tak boleh rileks, struggle macam SPM juga. Setiap dua bulan ada test katanya, bertabahlah akak Zahra. Mummy yakin akak mampu menghadapinya, chayok! 💪



Kami ke Bangi jalan-jalan cari makan di sana. Akak Zahra request nak makan kat mamak saja. Sambil tu kami tengok bola ⚽️. Ada live Malaysia lawan sapa entah, lupa hehehe.. Lepas makan kami ke dobi. Dah ambil akak Zahra, haruslah dia membawa pakaian kotornya untuk dibasuh. Tak sempat katanya, sibuk betulkan.



Sementara menunggu setel dobi, ambil gambar dengan anak bujang sorang ni. Lately ini, Mummy geram betul dengan dia. Selalu bikin naik darah 😤😫. Siang malam penat membebel huhuhu... walaupun macam tu, dia tetap cari Mummy dia kalau nak bercerita apa. Part tu dah lega, risaukan kalau anak-anak ni berdiam dan lebih kawan dari nak bersembang dengan kita.



Esok pagi pula, kami ke padang RRI. Ariq ada tournament bola pukul 8 pagi. Sebelum game dia bermula, sempatlah ai briskwalk sekejap keliling padang itu. Tak pakai kasut pun, hentam sajalah.




Kita ni dah jalan laju tapi bila tengok enZaf jalan santai je. Nampak sangat langkahku ini pendek 🤣. Lepas briswalk enZaf ajak breakfast. Tak pergi jauh pun sebab tepi padang tu ada gerai makan. Elok sangatlah enZaf belikan makanan ai. Penat saja keluarkan peluh hahaha.. Menduga betulkan bila kita ni mula buat aktiviti sihat 🙄.



Seterusnya makan bertiga dengan enZaf dan Qaireen di Nandos, IOI Mall Damansara.



Bungkus Nandos juga untuk Aliah dan Ariq. Sempat beli Pretzel di Auntie Anne's juga untuk semua. Dah alang-alang beli tu beli lagi lah Pretzel Friends. Yang pegang kotak tu paling tak sabar nak buka hehe..



Hari seterusnya, hantar Qaireen ke sekolah. Ada masa jalan jem ada masa tidak. Tapi jarang-jarang jem, bila jem ai akan ambil gambar dan send ke enZaf. Saja nak membebel ke dia hahaha..



Ambil Qaireen balik sekolah, ada medal 🥉 tergantung di lehernya. Rupanya ada penyampaian hadiah untuk sukaneka Tahap 1.



Seminggu sebelumnya memang kami parents dimaklumkan oleh cikgu kelas yang pihak sekolah mengadakan sukaneka. Cuma tak tahulah bila habis. Itu yang tiba-tiba nampak medal je kat leher dia. Disebabkan Qaireen ini jenis kurang bersukan. Bukan saja kurang, tak minat pun ya juga. Dapat nombor tiga pun ai dah gembira hahaha.. Tahniah Qaireen dan kawan-kawannya! 🎉😍



No comments: