Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu saja sudah habis setahun. Tak tahu apa pencapaian yang ai dah buat. Nak kata turun berat badan, tak juga. Setiap tahun bukan main berazam nak turunkan berat hahaha.. asyik renew saja azam tu 😜 Memandangkan tinggal satu hari saja untuk masuk tahun baru, enZaf ajak kami pergi piknik. Lama sangat tak tengok laut katanya. Kami pergi dekat sahaja di Bagan Lalang dan balik hari. Anak-anak ini bila cakap laut atau pantai memang seronoklah semuanya.
Bertolak ini pun tidaklah awal mana, lepas Zuhur baru keluar. Sebelum itu pun singgah makan tengahari dan beli beberapa makanan dan minuman buat bekalan di pantai hihi.. Tak tahu la kenapa gambar jadi blur selepas resize. Sudah banyak kali adjust settingnya sana sini, tetap jugalah sama huhu..
Baru perasan, tak ada ambil gambar abang Ariq. Dia pun tak duduk diam, sampai-sampai je terus laju menuju ke air laut. Alhamdulillah penutup yang sangat seronok buat kami semua. Melepak di pantai sambil melihat anak-anak bergembira dengan menyaksikan air laut dan matahari terbenam satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Bersyukur ke atas-Nya. Semoga kehidupan kami sentiasa diberkati dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. 🤲🫶

No comments:
Post a Comment