Minggu pertama tahun baru 2024. Tiada aktiviti sangat, lebih kepada urusan dan hal anak-anak. Pada 1hb, hantar akak Zahra pulang ke sarang hehe.. Lambat kami hantar dia, hampir pukul 7 malam. Dalam lambat itu sempat juga ai ambil gambar dia 😆
Eh! baru perasan, ada kawan dia Zuyyin pun terselit dalam gambar tu. Dia dah bersiap nak pergi prep class. Akak Zahra ini, kalau cuti lama memang banyak lah barang dia bawa balik. Baju kotor jangan kata, bila tahu nak balik memang dia takkan basuh. Walhal kat asrama tu ada dobi, pun jarang sangat dia pakai huhuhu... Daddy bayar duit dobi setahun nak oi 🙄
Tarikh 2hb, hari semua anak-anak mula bersekolah. Ariq dan Qaireen bersekolah pagi, manakala Aliah sekolah pada waktu petang. Ingatkan tahun baru ini nak la berjoging waktu pagi, tapi.. haha kalau dah ada tapi tu. Anggap sajalah tidak menjadi kenyataan 😅 Lagi best baring luruskan pinggang sebelum masuk dapur untuk masak tengahari. Bila nak keluar ambil Qaireen, terkejut nampak satu lembaga hitam yang comel dicelah basikal. Rupanya kucing jiran yang sesat tak jumpa jalan balik rumah. Ada juga beberapa ekor kucing singgah lepak kat depan rumah. Asalkan tak kencing atau berak ai is okay saja.
Petang sikit enZaf ajak minum petang. Bukan main jauh perginya makan petang, sampai ke Ikano.
Rupa-rupanya enZaf nak belikan Ariq kasut sukan. Susah betul nak cari kasut dia, kaki kecil macam Mummy dia. Kebanyakkan kasut yang dia minat tu, tak ada saiz untuknya. Bertabahlah nak oi. Oh ya! untuk tahun baru ini, waktu persekolahan preschool Qaireen tidak sama dengan sekolah kementerian. Masuk tahun baru ini, dia sudah memasuki kelas 6 tahun, tidak sama dengan kementerian bulan Mac baru sesi persekolahan baru. Jadinya ai baru teringat, tak ambil gambar Qaireen pada hari pertama persekolahan. Hari ke dua bersekolah (3hb) baru ambil gambarnya, itu pun dia tak nak layan Mummynya dengan tutup muka huhu..
Elok pula masuk 6 tahun ini dia nak pakai tudung. Masa 5 tahun, bukan main tak nak pakai. Dah faham agaknya, lagi pun dah senior gitu hihi.. Disebabkan masa hantar dia pagi tu tak nak ambil gambar, ai cuba ambil gambar dia masa balik pula. Eh! tiba-tiba okay hahaha.. dengan rambutnya dah terkeluar. Jadilah hehehe...
Malamnya Aliah bagi ai surat dari cikgu. Alhamdulillah dia dapat diserap memjadi Pengawas Sekolah. Tanya dia ada ke kawan yang tak dapat, ada sebab melanggar peraturan. Aduhai sayangnya la. Nanti masuk Tingkatan 2 baru dibenarkan pakai uniform pengawas. Jadinya cuti sekolah nanti, barulah beli baju sekolahnya. Sejak masuk sekolah menengah ini, baju sekolah yang dia pakai sekarang ini baju akak Zahra. Ai beli 4 pasang masa akak Zahra tingkatan 1, dia cakap banyak sangat jadinya turunkan kat Aliah pula. Mujurlah dorang berdua ini sama saiz. Jimat lah membelinya.
Pada tarikh 4hb pula, ikut enZaf ke The Curve. Dia ada urusan dikaunter bank Affin. Sebelum itu ai ada tanya dia ada kerja lagi tak lepas ke bank. Kalau dia tak ada urusan lain memang ai akan mengikut dia, boleh ajak minum petang sekali hahaha.. nampak tak permainan di situ ðŸ¤
Hari hujung minggu Sabtu dan Ahad adalah hari sibuk dengan aktiviti anak-anak. Terutamanya latihan bola dan ragbi. Waktu pagi sampai tengahari tu memang sibuk di padang. Ada masa ai dan enZaf tak boleh handle dua, terpaksa korbankan salah satu latihan anak. Itu belum Qaireen join mana-mana aktiviti sukan. Tak tahu lah nak bahagikan badan ni macamana lagi. Waktu pagi dah sibuk dengan anak, Daddy dorang pun ada aktiviti juga.
enZaf masih lagi aktif bermain bola sepak padang besar. Futsal saja dia dah jarang sangat main. Kebanyakkan dia bermainnya pada waktu malam, ada juga waktu petang. Dia suka main waktu petang lagi, tapi itulah katanya orang tua ramai nak main malam hahaha... Itu pun seminggu dia main dua atau tiga kali juga lah. Asalkan tak injured, mainlah banyak kali pun kan. Cuma tak tahu lah bila dia nak muak dengan bola ni ⚽ Pergi main bola, main game pun bola kat PS5 dia tu, tengok tv buka rancangan bola dan tambah lagi buat bisnes pun padang bola. Ha!! bersembang dengan Ariq pun pasal bola.

No comments:
Post a Comment