Rezeki Aliah dapat masuk tournament ragbi mewakili kelabnya. Agak gemuruh dia almaklumlah pertama kali, masih malu-malu dengan rakan pasukannya. Lambat sikit nak mesra berbanding dengan Mummy dia, baru jumpa 10 minit dah macam kawan lama boraknya hahaha...
Pertandingan ini anjuran MBPJ bersama Cobra di Padang Astaka. First time juga ai menjejakkan kaki di padang ini kecuali enZaf, dia pernah bermain bola di sini. Khemah kami bersebelahan dengan MRSM Bentong. Hanya akak Zahra dan Qaireen saja yang ikut, ai terpaksa berpecah dengan enZaf kerana Ariq ada kejohanan sukan sekolahnya pada hari dan waktu yang sama huhu.. Tak dapat ai tengok dia berlari 😔.
Paksa Aliah bergambar depan khemah. Berkerut muka menahan cahaya matahari betul-betul depan muka, bertabahla ya nak hihi... yang belakang kanan tu pun sibuk enterframe sama 😆.
Ambil gambar dia sekali lagi, geram sebab dia tak nak makan roti. Sejenis yang susah nak makan pagi. Bila main nanti mengadu sakit perut, mana taknya berlari kat padang dengan perut kosong dah tentulah sakit dan tak ada tenaga huhu..
Tak berapa banyak sangat gambar yang diambil. Video pun ada satu dua saja, itu pun jauh dan silau hahaha.. tak mampu nak berdiri tengah-tengah padang, panas ya amat.
Nasib baik teringat nak ambil gambar dengan Aliah. Thank you kakak snapkan, comot sungguhla muka ai.
Cuaca tengah panas terik pun kasut boleh kotor, ada setengah tempat padangnya berlecak sedikit. Dah tak boleh nak elak, redah saja lah.
Dalam panas-panas itu, tiba-tiba cuaca nampak mendung tanda nak turun hujan. Tak silap ai dalam pukul 4 petang hujan turun dengan lebat. Agak lama juga nak tunggu hujan reda dan berhenti. Kalau diikutkan jadual kami ada lagi satu game dan akan ada game seterusnya sebab dah confirm ke peringkat quarter-finals tetapi kami dah balik. Memandangkan hujan yang lama dan kebanyakan kami semua ada hal jadi coach suruh semuanya bersurai sahaja. Waktu itu pun dah pukul 6 lebih, lewat petang dah. Organizer habiskan juga game walaupun habis malam. Kami hanya tengok online result sahaja, tak silap ai dapat nombor 5 macam tu lah hahaha.. kalau teruskan main tu, insyaAllah boleh menang cup sebab tak ada kalah 3 games sebelumnya 😜.
Gambar di atas dan di bawah ini diambil dalam Whatsapp Group. Ada juga gambar beramai-ramai. Tak apalah tak menang apa pun, yang penting dapat sijil hihihi.. Lagi satu Aliah pun dapatlah pengalaman pertama kali bermain bersama kawan kelabnya. Masih banyak lagi perlu ditingkatkan dan chemistry antara kawan-kawannya, insyaAllah lepas ini Aliah boleh buat dengan lebih baik lagi.
Yang bawah ini pun tak nak kalah, seronok dia dapat bola ragbi mini tu. Bila tanya dia nak main hoki ke ragbi, dia jawab ragbi 🏉.

No comments:
Post a Comment