Tuesday, December 26, 2023

Waktu Siang di Hari Krismas


Hari cuti sempena Hari Krismas kami hanya keluar jalan-jalan di sekitar KL dan Selangor sahaja. Itu pun sebelum keluar makan, singgah sebentar ke padang bola enZaf. Dia menghantar stok makanan dan minuman untuk gerai jualannya.



Tak tahu agaknya masa enZaf ni nak bosan dengan bola hahahaha... Televisyen di rumah memang selalu buka rancangan bola. Kalau tak, dia main game bola kat PS5nya. Sudah tu dia sendiri pun masih lagi main bola padang, seminggu adalah dalam dua atau tiga kali. Ditambah pula menjadi operator untuk padang bola sejak tahun lepas, ya Allah rasanya sudah macam 24 jam berkisarkan bola sahaja ⚽. Bila difikirkan semula lebih baik sibuk dengan bola dari dia sibuk dengan perkara lagho yang lain kan hihihi.. Oh ya! kalau berborak dengan Ariq pun pasal bola juga. Mujurlah Ariq tu minat bola, adalah geng sama, dah la satu-satunya hero yang dia ada 🤭



Selesai kerjanya kami ke Bangsar pula, di sana memang satu tempat saja kami tuju iaitu Restoran Mahbub. Jauh sikit parking kali ini, kawasan berhampiran restoran ini memang parkingnya sentiasalah penuh. Kalau dapat dekat tu kira bernasib baik sangatlah. Walaupun orang sentiasa ramai dalam restoran ini, tiadalah lama sangat masa menunggunya. Setakat ini kalau kami datang pun adalah dalam 10 ke 15 minit. Bagi ai kira reasonable lah masa itu. Lebih dari itu cari alternatif tempat lainlah jawabnya.



Gambar "banker" wajiblah kita ambil snapkan 🥰. Semoga dilimpahi rezeki buatnya dan dipermudahkan segala urusan.



Sudah alang-alang di Bangsar, kami terus ke The Gardens pula sesudah selesai makan. Dalam shopping mall pun penuh dengan dekorasi Krismas, teruslah ajak anak-anak ambil gambar. Macam-macam gaya Qaireen ini buat hehehe.. layankan saja lah.









Kami berjalan sampai ke MidValley pula, dalam masa sama singgah masuk dalam kedai Lego. Bila dah masuk dalam tu, ai offer anak-anak untuk pilih keychain sorang satu.



Sonic itu Qaireen punya, dia memang suka dengan Sonic. Yoda pula keychain Aliah. Abang Ariq ambil salah satu karakter Minecraft. Bentuk keychainnya ada pada gambar di atas, nama apa ai tak tahu hehe...



Penat berjalan kami singgah makan petang di dalam foodcourt MV. Sukalah orang itu, Daddynya belanja aiskrim. Bukan main lebar senyum itu kan.



No comments: