Gigih ya kami nak tengok snow di KL. Pergi ini pun atas permintaan Aliah, gara-gara viral di Tik Tok perihal snow ini. Dia ada beritahu dan ajak Daddynya sebelum ini tetapi tak dilayan hehehe.. Aliah tak putus asa pujuk Daddynya sampai lah Daddynya akur dengan kehendak anak dara dia itu. Rupa-rupanya ada masa yang ditetapkan untuk melihat snow ini, kami pula datang main redah sahaja. Dah sampai ditempatnya baru enZaf check masa snow ini turun. Oh ya, tempat nak tengok snow ini turun di Avenue K yang terletak berhadapan dengan bangunan KLCC. Sementara menunggu waktu snownya, kami berjalan di dalam Avenue K ini. Lama betul tak singgah mall ini, ai pun dah tak berapa ingat bila kali terakhir ke sini.
Cuaca malam tidak berapa baik, hujan renyai. Snow keluar pun tidak mengikut jadual, agak lama juga delayed dalam satu jam juga lah. Datang sini pun semata untuk ini, jadi kami gigihkan lagi menunggu walaupun lama. Akhirnya saat yang dinanti turun juga snow 😃❄️ Ingatkan tak jadi disebabkan hujan hehe.. Alhamdulillah rezeki dapat juga.
Qaireen seorang saja yang takut. Sampai pejam mata tak nak tengok huhuhu... yang lain sudah tentu semuanya happy lah kan. Snow tu buih-buih kecil yang jatuh dari atas bangunan Avenue K. Dapatlah feeling main salji walaupun bukan salji betul hahaha.. jadilah kan bagi anak-anak seronok. Masa salji turun, masih hujan dan kami pun basah bersama buih dan air hujan 😅 Kami datang ini pun adalah hari terakhir merasai snow ini, mungkin sebab itu ramainya orang.

No comments:
Post a Comment