Wednesday, December 6, 2023

Aliah dan Qaireen pula


Pada hari yang sama ketika akak Zahra di ekspo inovasinya di Taiwan, Aliah juga turut membawa balik sijil yang dia terima dari sekolahnya. Balik dari sekolah terus Aliah laju menuju pada ai tunjuk sijilnya itu. Tak silap, dia memenangi pertandingan poster berkenaan mental health kalau tak silaplah. Nak tanya dia malas pula nak keluar dari bilik hahaha.. kalau salah nanti ai edit balik dalam blog ni 😅.



Dengan muka yang berlengas itu ai paksa dia bergambar, redha dan pasrah dengan arahan Mummynya hahaha.. Di sekolah banyak juga dia masuk pertandingan itu ini, ada juga yang menang. Semua itu ai tahu pun bila sekolahnya update dalam aplikasi Telegram. Bab bersukan je dia malas main di sekolah, hanya fokus kelab luar je untuk main ragbi. Selain sijil, Aliah juga dapat hadiah. Suka dia bila dapat kipas tangan tu. Kebetulan pula kipas tangan yang dia bawa sebelum ini baru sahaja rosak, timing pula dapat pengganti tu kan. Sekarang ini rata-rata murid perempuan bawa kipas kecil ni ke sekolah. Kata Aliah dalam kelas rasa bahang.



Keesokkan pagi, ai ke sekolah Qaireen pula. Hanya berdua saja dengan dia untuk ambil report card akhir tahun.



Alhamdulillah progress Qaireen di sekolah agak baik. Ada lah sikit kurang sana sini tapi Mummy is okay saja, baru lima tahun. Asalkan dia seronok nak ke sekolah dah memadai. Yang ai bangga banyak surah dan doa dia dah boleh baca dan hafal, solat pun okay, asas semua tu dia buat hanya betulkan bacaannya saja. Membaca pula, English bukan main laju manakala Bahasa Melayu merangkak sikit. Sama je macam adik beradik lain hahaha.. English bukan main, kalah anak mat salleh 😜.



Sebelum balik, wajiblah ambil gambar dengan cikgu kelasnya. Thank you teacher sebab memahami perangai dia hahaha.. Qaireen ni kadang-kadang ada perangai dia, jenis buat kepala sendiri sampai teacher cakap dia tak sampai hati nak marah Qaireen sebab macam baby hihihi..

No comments: