Lama betul ai tak keluar makan dengan Nani dan Tee B bersama. Kalau keluar dengan Nani, Tee B pula tak free dan sebaliknya. Nak dapat tiga-tiga tu masa ya ampun berjanggut hihihi.. Ini pun kebetulan Nani whatsapp ajak keluar, semuanya okay. Tanpa melengahkan masa, terus bersiap dan berjumpa di The Curve 😁. Nani memang dari awal sudah ada di The Curve, dia menunggu ai dan Tee B di Baskin Robbins (BR). Sebelum sampai di BR, sempat ai menyinggah masuk ke dalam Miniso. Belikan Aisha dan Alisa gifts, lama tak jumpa anak-anak ni dan kita bagi buah tangan sikit 🎁. Semua dah ada kami bergerak ke IPC pula. Window shopping sambil bergambar. Hari Krismas pun sudah semakin dekat, meriahlah dekonya di setiap shopping mall.
Selesai sahaja melayan anak-anak bermain, kami masuk ke dalam Nandos. Masing-masing sudah kelaparan hihihi.. Lama juga kami di dalam Nandos ini, banyak betul cerita nak diborakkan. Dari kedainya penuh sampailah dah tak ada orang hahaha.. Sebelum balik sempatlah minta staf situ ambilkan gambar kami semua.
Dari IPC kami ke The Curve semula. Sambung berjalan lagi dan semestinya ada ambil gambar anak-anak.
Kami semua balik sebelum orang office balik kerja untuk mengelakkan jem di jalan. Sempat lagi tu ambil gambar dalam lif. Kami semua parking satu tempat jadinya nak ke kereta pun tempat yang sama juga. Bagus betul yang buat idea parking khas untuk wanita ini kan. Mudahkan kami para ibu nak shopping 😅
Seronok ai dapat keluar dengan Nani dan Tee B. Elok sekali sekala keluar begini untuk lari sekejap dari rutin kita. Dapat dua atau tiga jam sudah memadai. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi.

No comments:
Post a Comment