Monday, August 14, 2023

Undi, Bola, Makan dan Hoki


Pada hari Sabtu lepas boleh dikatakan kami menghabiskan waktu di luar rumah agak lama. Bermula dengan enZaf mengundi. Ini pertama kali dia mengundi di Selangor, sebelum ini dia mengundi di Kuala Lumpur. Itu pun sebab ai tergerak hati nak check enZaf di mysprsemak. Katanya sebelum ini dia ada cuba tukar alamat secara online tetapi tidak pasti samaada penukaran alamat itu berjaya atau tidak. Bila ai dah semak, ternyata kawasan mengundi enZaf sudah bertukar. Mujur ai checkkan :)



Alhamdulillah dah selesai mengundi. Tempat mengundi di sekolah Ariq dan sekejap sahaja menunggu dia. Selesai semua kami pergi makan pula, habis makan barulah kami ke Bangi. Tengok enZaf main bola pula di Pusat Latihan Maybank. Lama betul tak ke sini. Tak ingat sangat bila kali terakhir tu, rasa macam anak sorang dua :p Sebelum ke padang, ai singgah sekejap bawa Qaireen main di playground.



Aliah dan Mummy naik jongkang jongket, dia saja bagi laju-laju sampai ai pening. Penuaan sungguh rasa diri ini :p





Hanya satu gambar diambil ketika di padang, itu pun gambar Ariq melayan Qaireen tendang bola.. Dan satu video sempat dirakam ketika enZaf dapat menjaringkan gol. Ada video lain juga tapi malas nak masukkan dalam blog haha.. Cukuplah satu je sebagai bukti ai tengok dia main bola :p Kalau dia ada gol, lepas game nanti mesti tanya nampak tak gol dia. Bila keluar soalan macam tu, teruslah ai tunjuk video. Senangkan hihi..





Sebelum balik rumah, enZaf ajak makan malam dekat dengan Universiti Malaya. Katanya dia perasan ada tempat makan berhadapan dengan UM itu, rupa-rupanya nama tempat makan itu Tapak. Nama lokasi yang betul adalah Tapak Evo @ Petaling Jaya. Konsepnya food truck and food park.



Ada pelbagai jenis makanan juga yang ada di Tapak ini. Kami memilih makan secara grill dia kedai Wagyou. Boleh tengok website untuk tahu secara details [link]



Pertama kali makan Wagyou ini, ai bagi 5 bintang. Sedap dan berpatutan harganya. Suka betul bila daging itu dicicah dengan sosnya. Tak ingat apa nama sos itu, tapi yang pedas :) Tengok gambar ni terasa nak makan pula hahaha.. Untung ada chef dua orang, ai hanya makan saja :p







Balik makan kami tengok perlawanan hoki pula di rumah. Final antara Malaysia dengan India untuk perlawanan Trofi Juara-juara Asia 2023. Hebat betul India. Tak ada rezeki kita Juara, apa pun tahniah pasukan hoki Malaysia mendapat Naib Juara.





Semangat dua orang penyokong cilik Malaysia ini. Rasa bangga kibar Jalur Gemilang :)

No comments: