Thursday, August 10, 2023

Ke Giant Sebentar


Pergi Giant Hypermarket mencari barang dekorasi sempena Hari Merdeka untuk kelas Ariq. Kalau nak beli apa-apa dekorasi untuk perayaan atau pun sambutan ai memang ke Giant sambil tu boleh la beli barang dapur juga :) Keluar dari pintu Giant ternampak ada kiosk jual madu, beli satu botol dan jus halia madu juga. Lama tak minum, sebelum ini ai ada buat sendiri dalam satu botol besar. Bila dah habis, malas pula nak membuat lagi hahaha.. alang-alang kiosk ini ada jual jus halia madu, beli la terus :p



Pertama kali mencuba Halia Bentong. Halia Bentong ni rasanya lebih pedas dari halia biasa. Bila minum tu terasa pedas dan panas juga kat tekak. Kalau takut perut tu tak tahan panas, boleh kurangkan minumnya. Untuk ai okay, serasa saja dengan badan mungkin sebab dah biasa minum jus halia sebelum ini. Sempat singgah makan donut di J.Co. Beli lebih untuk Aliah balik dari sekolah nanti.



Budak paling gembira dapat makan donut :) Dia boleh makan dua ketul sekali hadap.



Depan J.Co ada Butik AS Hijab & D'Herbs. Sementara menunggu anak-anak makan ai pun masuk lah sekejap nak tengok tudung. Konon nak tengok, tahu-tahu terbeli hehehe..



Beli satu pasang stokin juga. Bila balik rumah baru perasan, warna ke tiga-tiga tudung nak lebih kurang sama saja.

No comments: