Kali ini ai pula pilih tempat makan, sebelum ini ikut saja dorang nak makan apa. Tiba-tiba tekak teringin nak makan di Sushi King. Lama tak ke sini, dah tak ingat bila kali terakhir makan di Sushi King. Yang pasti dah lama sangat :) Kami ke Sushi King One Utama, sekarang ini paling dekat dengan rumah di cawangan Tropicana Garden Mall.
Shahimi memang menu wajib diambil kalau makan makanan Jepun. Kali ini cuba yang spicy, sedap juga tapi kalau diberi pilihan ai lebih suka yang biasa saja tanpa ada sos atau gravy.
Yuzu soup kat atas Sashimi tu wajib untuk enZaf hehe.. dia suka betul. Ada lagi satu Chawanmushi tapi tak ambil gambar. Ia adalah Japanese Egg Custard dan Qaireen sangat suka. Qaireen juga nak makan nasi, kami orderkan Bento saja. Semua ada dalam tu senang. Mummy pun tumpang makan sikit hihi..
Aliah mencuba dessert pula, dia pilih Green Tea Mochi Macaron. Ai cuba sikit, sedap macaronnya. Tidak terlalu manis dan rasa Green Tea tu pun just nice.
Ariq makan Sweet Potato Mochi Macaron. Sedap juga, Sweet Potato itu sendiri kalau kita rebus dan makan gitu saja pun dah sedapkan.
Ambil gambar sikit saja, perut dah lapar sangat. Bertingkat-tingkat juga piring Sushi anak-anak ambil terutamanya Aliah, laju saja tangan dia kat sebelah conveyor belt Sushi tu :p Alhamdulillah kenyang.
Minggu lepas, abang Ariq ada bawa balik Bubur Asyura. Sekolahnya ada buat gotong royong memasak bubur Asyura sempena 10 Muharram dan persaraan salah seorang cikgu di situ. Banyak gambar sekolah kongsi dalam Telegram, tengok anak-anak ringan tulang membantu cikgu-cikgu dan part paling seronok masa dorang tolong basuh kuali dan periuk bagai. Seronok dapat main air la tu kan hihi..
Kering dah buburnya tapi sedap. Cukup rasa serba serbi. Habis jugalah ai makan hehehe..

No comments:
Post a Comment