Friday, August 18, 2023

Goodies dan Tidur Lambat


Qaireen balik dari sekolah, dia terus tunjuk dapat goodies bag. Adam, kawan kelasnya yang bagi untuk semua sempena birthdaynya. Terima kasih Adam! Semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan di akhirat.



Sebelum ini banyak juga goodies yang Qaireen bawa balik tapi ai tak ambil gambar. Kebanyakkannya bagi yang sama iaitu penuh dengan makanan dan minuman. Berbeza dengan Adam ini, dia bagi kawan-kawannya mewarna :)



Sampai-sampai rumah terus Qaireen nak mewarna. Dia memang suka tapi itulah, warna tu main ikut suka nak macam mana hahaha.. Hentam saja lah Qaireen oi. Asalkan dia suka Mummy pun suka juga :p



Beg itu sendiri pun boleh warna juga. Yang beg ini elok pula warna tak keluar sangat dari line. Yang pakai watercolor tu pejam mata Mummy tengok hehehe.. Tinggal satu lagi yang jenis pasir lekat pada kertas tu yang tak buat lagi. Bukan tak nak bagi tapi Mummy dia malas nak mengemas haha.. tunggu Aliah lah yang layan dia.



Aliah pun ada bawa balik goodies juga. Sekolahnya ada buat seminar untuk murid perempuan tentang penjagaan kulit dari Emina. Masing-masing dapat sampel dan ada photo booth juga nak bergambar. Seronok ni di sekolah ada pula dapat macam-macamkan. Masa Mummy sekolah tak ingat pula ada ke seminar macam ini, yang tahu sanitary pad ada lah :)



Gambar di bawah ini masa kami ikut enZaf pergi office. Dia ada kerja yang perlukan print dan binding. Anak-anak ni asal Daddy ajak pergi office, semuanya suka. Entah kenapa yang suka pun ai tak pasti. Qaireen berambut pendek. Ai sendiri yang potong rambut dia bulan lepas. Rimas betul tengok dah panjang sangat.



Boleh tahan lama juga menunggu Daddy dorang siap kerja. Tahu-tahu dah pukul 11 malam lebih. Seronok anak-anak ya dapat tengok phone lama sebab dah lepas waktu tidur. Esoknya nak sekolah huhuhu.. Mujur lah jarang-jarang begini, Mummy pun bagi lah chance.



No comments: